MELAKA 7 Nov – Kerusi Dewan Undangan Negeri Pengkalan Batu dijangka menyaksikan pertandingan lima penjuru apabila Norhizam Hassan Baktee mengumumkan akan bertanding mempertahankan kerusi itu sebagai calon Bebas. Walaupun mendapat tawaran sekurang-kurangnya dari empat parti politik,beliau memilih Bebas untuk menghadapi sekurang-kurangnya empat calon lagi yang mewakili pelbagai parti politik. Sebelum ini, empat parti mengumumkan calon masing-masing untuk merebut kerusi DUN berkenaan iaitu BN (UMNO), PN (Bersatu), PH (DAP) dan Putra. Norhizam yang memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) 14 lalu atas tiket PH meletakkan keyakinan lebih 80 peratus…
Read MoreCategory: PRN MELAKA
Penampilan sulung Putra
MELAKA 6 Nov. – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) membuat penampilan pertama dalam pilihan raya dengan menurunkan lima calon bagi bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Presiden Putra Ibrahim Ali mengumumkan calon parti itu pada sidang media secara maya hari ini dengan menamakan Pengerusi Badan Perhubungan Putra Melaka Dr Mohd Aluwi Sari, 55, ahli akademik yang akan bertanding di DUN Pengkalan Batu. Turut sama Ketua Biro Wanita Putra Melaka Laila Norinda Maon,44, seorang usahawan untuk kerusi DUN Gadek dan Ketua Wira Putra Melaka Mohamad…
Read MorePN lengkapkan pertarungan 3 penjuru
SHAH ALAM 6 Nov. – Perikatan Nasional (PN) melengkapkan pertarungan tiga penjuru apabila mengesahkan akan bertanding di kesemua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin berkata, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan bertanding di 15 kerusi sementara Pas meletakkan calon di lapan kerusi dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) pula mempertaruhkan calon di lima kerusi. Katanya, sebanyak 43 peratus wajah yang ditampilkan berusia 40 tahun ke bawah dengan sebahagian besarnya terdiri daripada golongan profesional dan berpendidikan tinggi serta komited demi kepentingan…
Read MoreDua bekas ADUN UMNO calon PH
AYER KEROH 6 Nov. – Akhirnya persoalan ke mana hala tuju dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO, Idris Haron dan Nor Azman Hassan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka terjawab. Walaupun DAP, sekutu PH menolak keterlibatan empat bekas ADUN itu, dua daripada mereka disahkan bakal bertanding di bawah tiket Pakatan Harapan (PH). Pengerusi PH, Anwar Ibrahim dalam sidang media pengumuman calon berkata, Idris bakal dipertaruhkan di kerusi DUN Asahan, kerusi tradisi PKR manakala Nor Azman kekal bertanding di Pantai Kundor, kerusi tradisi Amanah. Katanya, seperti dimaklumkan sebelum ini,…
Read MoreBN bersendirian di PRN Melaka
KUALA LUMPUR 6 Nov. – Barisan Nasional (BN) akhirnya tampil bersendirian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka selepas Pas, rakan sekutunya dalam Muafakat Nasional (MN) memilih Perikatan Nasional (PN). Dengan keputusan itu, BN turun menampilkan 28 calon bagi menghadapi PRN yang dijangka menyaksikan pertembungan tiga penjuru di setiap kawasan. Pengarah Pilihan Raya BN, Mohamad Hasan, hari ini mengumumkan penyertaan secara solo BN dengan menampilkan 20 calon UMNO, lapan diwakili MCA dan satu kerusi MIC. “Daripada 28 kerusi itu 24 calon baharu dan empat muka lama. Keputusan dibuat hasil perbincangan semua…
Read More