97.2 peratus dewasa lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 9 Dis. – Sebanyak 97.2 peratus atau 22,746,838 daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat 11.59 malam tadi manakala 98.6 peratus atau 23,067,954  mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Berdasarkan data portal COVIDNOW,  seramai 25,476,738 individu atau 78.0 peratus daripada populasi keseluruhan telah melengkapkan suntikan vaksin vaksin dan 79.3 peratus atau 25,904,280 menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi remaja pula, seramai 2,729,900 individu atau 86.7 peratus telah melengkapkan dua dos manakala 90.1 peratus atau 2,836,326 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Sementara itu, semalam sebanyak 114,944 dos penggalak diberikan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 3,281,238.

Secara keseluruhan sebanyak 54,470,578 dos vaksin sudah diberikan setakat semalam menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sejak 24 Februari lalu termasuk tambahan 125,838 dos diberikan semalam.

Related posts

Leave a Comment