Arab Saudi tubuh pakatan pertahanan

RIYADH – Arab Saudi mengumumkan penubuhan pakatan pertahanan maritim bagi menjamin keselamatan laluan pelayaran di sekitar Selat Bab al-Mandab selepas kumpulan pemberontak Houthi mendakwa mereka mengenakan sekatan maritim terhadap Arab Saudi. Kumpulan itu juga mengaku bertanggungjawab atas serangan ke atas kapal tangki minyak Arab Saudi di Laut Merah dan prasarana minyak di wilayah kerajaan itu. Laluan maritim sempit itu adalah jalan air kritikal bagi penghantaran jumlah besar minyak mentah Arab Saudi ke pasaran antarabangsa, susulan eksport tenaga dari Teluk sebahagian besarnya terjejas akibat ketegangan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran…

Read More

Siasat dakwaan pengundi diberi wang

TAMPIN 30 Julai – Barisan Nasional (BN) menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pihak yang didakwa memberi wang kepada pengundi dalam kempen Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Negeri Sembilan. Pengerusinya,  Ahmad Zahid Hamidi berkata beberapa laporan polis dibuat serta bukti diserahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat kejadian itu yang disifatkannya sebagai tindakan terdesak parti lawan. “Saya tidak mahu membuat tuduhan tapi dalam keadaan sangat terdesak ini, pelbagai taktik di akhir pusingan (kempen) beberapa perkara berlaku. “Diantaranya apa disebutkan Datuk Seri Jalaludin semalam, bahawa ‘hujan lebat’ (pemberian…

Read More

Pusaka bergilir, musim bertukar – Rais Yatim

SEPANG 30 Julai – Dr Rais Yatim menerima dengan hati terbuka keputusan penarikan dua darjah kebesaran negeri yang diterimanya lebih 40 tahun lalu daripada Almarhum Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman. Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu berkata, notis mengenai penarikan darjah kebesaran Datuk Seri Utama dan Datuk yang diterimanya daripada Istana pada hari ini disambut dengan lapang dada. Pengerusi Parti Wawasan Negara (Wawasan) itu berkata, kedua-dua darjah kebesaran itu diterimanya pada 1982 selepas beliau tidak lagi memegang jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan. Menurutnya, anugerah berkenaan dikurniakan oleh Almarhum…

Read More

Universiti al-Quran pertama di Malaysia

KUANTAN 30 Julai –  Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan menyempurnakan Majlis Pemasyhuran Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS), universiti al-Quran pertama di Malaysia. Institusi berkenaan yang dijenamakan semula daripada Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UniPSAS) adalah legasi daripada Almarhum ayahanda baginda, Sultan Ahmad Shah bagi memartabatkan pendidikan Islam di negeri ini. Ketika bertitah menyempurnakan Majlis Pemasyhuran UNIQSAAS di Auditorium Tuanku Canselor universiti itu, di sini, baginda bersyukur dapat meneruskan legasi Almarhum Sultan Ahmad Shah. Al-Sultan Abdullah bertitah penjenamaan semula itu bukan sekadar perubahan…

Read More

Sidang khas Parlimen RCI TH 11 Ogos

KUALA LUMPUR 30 Julai  – Sidang Khas Parlimen membincangkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) akan diadakan 11 Ogos depan, dengan sesi dijadual bermula pukul 10 pagi hingga petang. Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, ia akan membuka ruang kepada penelitian menyeluruh terhadap dapatan siasatan dan hala tuju pembaharuan institusi pengurusan haji negara itu. “Saya sudah berbincang dengan Speaker (Johari Abdul) dan beliau pun setuju. (Sesi) bermula jam 10 pagi sehingga petang,” katanya kepada media selepas merasmikan ibu pejabat baharu Maybank di Menara Merdeka Maybank, di sini. Sidang…

Read More

SPNS, DSNS Rais ditarik balik

SEREMBAN 30 Julai – Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, menitahkan penarikan balik kurniaan Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (SPNS) dan Darjah Dato’ Setia Negeri Sembilan (DSNS) kepada Tan Sri Dr Mohd Rais Yatim. Menerusi satu kenyataan hari ini, Pendaftar Darjah Negeri Sembilan, Mohd Zafir Ibrahim, berkata keputusan itu dibuat bagi memelihara kebesaran, kemuliaan dan kehormatan Institusi Diraja Negeri Sembilan. “Kedua-dua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Mohd Rais iaitu Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (2001) dan Darjah Dato’ Setia Negeri Sembilan (1979) kepada Tan Sri Dr Mohd…

Read More

Thailand buru 5 suspek serangan Narathiwat

NARATHIWAT – Lima individu termasuk dua pemimpin kumpulan pemisah sedang dijejaki pihak berkuasa Thailand selepas mereka dipercayai terlibat dalam satu serangan hendap di pusat pemeriksaan di jalan perbandaran Bukit Sami, di sub-daerah Tanjong Mas, daerah Ra-ngae, wilayah Narathiwat, pada 22 Julai lalu. Timbalan Jurucakap Markas Hadapan Wilayah 4 bagi Pemerintahan Operasi Keselamatan Dalam Negeri (ISOC), berkata, mereka dipercayai sedang bersembunyi di negara jiran dan waran tangkap telah dikeluarkan terhadap semua suspek pada 24 Julai lalu. Dua pemimpin yang dikehendaki itu dikenal pasti sebagai Nise Niha/Nija (pemimpin operasi yang dikaitkan dengan…

Read More

AS bertegas tiada dana kepada WHO

WASHINGTON – Pentadbiran Donald Trump bertegas bahawa, Amerika Syarikat (AS) tidak akan menyalurkan dana kerajaan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menerusi Gavi, Perikatan Vaksin. Demikian menurut kenyataan bersama Jabatan Negara dan Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia (HHS). Kenyataan itu dibuat ketika Washington mengumumkan pelepasan dana berjumlah AS$600 juta yang diluluskan Kongres untuk perikatan vaksin global berkenaan. Trump pada tahun lepas mengarahkan Setiausaha HHS, Robert F. Kennedy Jr. dan Setiausaha Negara, Marco Rubio berunding dengan Gavi mengenai pelaksanaan beberapa pembaharuan sebagai syarat untuk menyambung semula sokongan AS. Rundingan itu menghasilkan beberapa…

Read More