SEREMBAN 2 Ogos – Calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendahului parti politik lain yang kehilangan wang deposit dalam jumlah yang ramai pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 semalam. Daripada 30 calon hilang wang deposit, Bersatu yang mempertaruhkan 24 calon, menerima tamparan hebat apabila menjadi parti tunggal terbesar yang kehilangan 23 wang deposit. Undi tertinggi yang diperoleh calon Bersatu adalah Nazree Yunus (N25 Paroi) yang memperoleh 2,205 undi manakala Sanjeevan (N07 Jeram Padang) 2,191 undi, Anip Abu Baker (N20 Labu) 1,985 undi dan Azman Abdullah (N34…
Read MoreCategory: BERITA
Berita pilihan…
BN kemuka tiga nama calon MB
SEREMBAN 2 Ogos – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Dr Ahmad Zahid Hamidi mempersembahkan tiga nama calon Menteri Besar (MB) Negeri Sembilan kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir ketika menghadap baginda di Istana Hinggap, malam tadi. Ahmad Zahid berkata, ketiga-tiga nama calon Menteri Besar itu akan diputuskan sebelum diperkenankan Tuanku. “Saya telah mengemukakan tiga nama kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan saya serahkan tiga nama itu atas budi bicara Tuanku. “Untuk perkenan dan hak mutlak Tuanku untuk memilih seorang daripada nama-nama yang dikemukakan itu sebagai calon…
Read More112 mayat di bawah timbunan runtuhan
GAZA – Sebanyak 112 lagi mayat ditemukan di bawah timbunan runtuhan dalam operasi mencari mangsa yang dijalankan selepas lebih dua tahun serangan Israel di wilayah itu. Menurut Agensi Pertahanan Awam Gaza, mayat dan cebisan anggota badan itu ditemukan selepas 136 jam kerja mencari di kawasan Sabra, selatan Bandar Gaza. Mangsa yang ditemukan membabitkan 40 kanak-kanak, 38 wanita dan tujuh orang kurang upaya (OKU). Pegawai Pertahanan Awam Gaza yang mengetuai operasi berkenaan, Kolonel Mohammed Abu Dan, berkata pihaknya percaya masih terdapat 157 lagi mayat yang tertimbus di lokasi sama. Beliau berkata,…
Read MoreIran beri amaran akibat sekatan maritim
ISTANBUL – Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran hari ini memberi amaran bahawa sekatan maritim Amerika Syarikat (AS) yang berterusan boleh menyebabkan Selat Hormuz dan laluan air strategik lain ditutup. Setiausaha majlis, Mohammad Bagher Zolghadr, berkata kesan tindakan Washington akan ditanggung oleh ‘ekonomi global, pasaran tenaga dan pengundi Amerika,’. Ia dipercayai merujuk kepada pilihan raya Kongres AS pada November ini ketika kenaikan harga dan peperangan yang tidak mendapat sokongan menjadi antara isu utama. Pada 14 Julai, Markas Pemerintahan Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) mengumumkan penguatkuasaan semula sekatan maritim terhadap Iran atas arahan…
Read MoreMedia Hari Ini Ahad 02.08.2026
Bersatu kalah semua 24 kerusi ditandingi
SEREMBAN 1 Ogos – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) gagal memenangi sebarang kerusi pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Negeri Sembilan ke-16 apabila semua 24 calonnya tewas termasuk Ketua Penerangan, Tun Faisal Ismail Aziz. Tun Faisal yang hilang wang pertaruhan hanya memperoleh 481 undi, manakala calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Razali Abu Samah meraih 13,122 undi dan calon Pakatan Harapan (PH), Nor Azman Mohamad mendapat 9,713 undi. Jumlah undi yang diterima Tun Faisal gagal melepasi ambang 12.5 peratus daripada keseluruhan undi, sekali gus menyebabkan beliau kehilangan deposit. Parti…
Read MoreBN, PN bentuk kerajaan Negeri Sembilan
SEREMBAN 1 Ogos – Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) akan membentuk Kerajaan Negeri Sembilan selepas gabungan itu memperoleh majoriti dua pertiga berdasarkan keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini. Pengerusi BN, Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata secara tidak rasmi, BN memenangi 18 kerusi manakala PN memperoleh tujuh kerusi sekali gus memberikan kedua-dua gabungan itu majoriti untuk menerajui pentadbiran negeri. “Kami akan meneruskan perbincangan susulan antara kedua-dua gabungan ini berkaitan pembentukan kerajaan negeri yang baharu berdasarkan keputusan yang dimaklumkan,” katanya pada sidang media di Wisma UMNO Negeri…
Read MoreAminuddin, Anthony Loke tewas
SEREMBAN 1 Ogos – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Aminuddin Harun dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke tewas kepada calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Negeri Sembilan hari ini. Aminuddin Naib Presiden PKR dan bekas Menteri Besar tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi selepas beliau berpindah dari Sikamat yang dimenanginya pada PRN 2023 dengan majoriti 2,662 undi. DUN Linggi menyaksikan pertandingan tiga penjuru dengan dua lagi calon termasuk penyandang, Datuk Mohd Faizal Ramli (BN) serta Datuk Zamri Md Said mewakili Bersatu. Sementara itu,…
Read More