SEPANG 3 Ogos – DAP Selangor, Johor dan Negeri Sembilan menyatakan sokongan penuh kepada Setiausaha Agung Anthony Loke untuk terus memimpin parti itu walaupun keputusan Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Negeri Sembilan ke-16 tidak memihak kepada parti berkenaan dan Pakatan Harapan (PH). Pemimpin peringkat negeri itu menyatakan sokongan mereka susulan kenyataan Loke di Chennah, bahawa beliau sedia mempertimbangkan untuk meletak jawatan sebagai pengerusi parti itu di Negeri Sembilan. Keputusan itu dibuat bagi mengambil tanggungjawab susulan prestasi DAP dalam pilihan raya negeri dan menegaskan akan membangkitkan perkara itu pada…
Read MoreCategory: BERITA
Keputusan PRU DN NEGERI SEMBILAN
Berita pilihan…
14 maut angkara pengebom berani mati
PESHAWAR – Serangan pengebom berani mati di luar sebuah balai polis di Lembah Swat, barat laut Pakistan, menyebabkan sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh manakala lebih 20 lagi cedera. Kejadian berlaku ketika ratusan penduduk berhimpun bagi membantah peningkatan keganasan dan aktiviti militan di wilayah Khyber Pakhtunkhwa yang terletak berhampiran sempadan Afghanistan. Menurut Ketua Polis Daerah Swat, Umar Khan, pengebom berani mati itu meletupkan bahan letupan yang dibawanya selepas anggota polis cuba menahan dan memeriksanya di pintu masuk balai polis berkenaan. Setakat ini tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab terhadap serangan tersebut yang dilaporkan berlaku…
Read More13 lagi korban serangan Israel
GAZA – Sekurang-kurangnya 13 rakyat Palestin, termasuk beberapa kanak-kanak, terbunuh dalam siri serangan udara terbaru Israel di beberapa lokasi termasuk Bandar Gaza, Khan Younis dan Deir el-Balah semalam. Pihak Pertahanan Awam Gaza memaklumkan serangan itu merupakan malam kedua berturut-turut operasi ketenteraan Israel di wilayah berkenaan. Ia berlaku beberapa hari selepas Hamas dilaporkan menerima pelan pelucutan senjata yang menyaksikan kumpulan Palestin itu menyerahkan senjatanya kepada Board of Peace yang dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump. Jurucakap Angkatan Pertahanan Israel (IDF) berkata operasi tersebut menyasarkan anggota militan di Gaza dan mendakwa…
Read MoreMedia Hari Ini Isnin 03.08.2026
Berjasa kurangkan majoriti PH, deposit kekal
SEPANG 2 Ogos – Berjasa yang berjaya mengurangkan majoriti calon PH di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nilai akan terus bertapak di kawasan itu untuk mendekati semua lapisan masyarakat, kata Presidennya Zamani Ibrahim. Beliau yang juga calon Berjasa pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Negeri Sembilan ke-16 semalam memaklumkan bahawa partinya akan membuka sebuah pejabat di Nilai sebagai pusat khidmat rakyat. Menerusi satu kenyataan, beliau berkata, Berjasa yang bergerak solo tanpa gabungan atau kerjasama dengan mana-mana pihak berjaya mengurangkan majoriti dimenangi calon PH yang juga penyandang kerusi itu, J.…
Read MoreJawatan MB amanah besar – Ismail Lasim
KUALA PILAH 2 Ogos – Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu, Ismail Lasim berkata, pelantikannya ke jawatan itu adalah suatu amanah yang amat besar, penuh makna dan bukannya suatu kemuliaan yang boleh dibanggakan. Katanya, amanah berkenaan adalah suatu tanggungjawab yang wajib dilaksanakan dengan penuh keikhlasan, kesetiaan, kejujuran, kebijaksanaan dan rasa tanggungjawab tinggi demi agama, bangsa, negeri serta rakyat Negeri Sembilan. Beliau menyatakan demikian pada ucapan taat setia di hadapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sempena istiadat angkat sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan di Istana Besar Seri…
Read MoreIsmail Lasim MB Negeri Sembilan
KUALA PILAH 2 Ogos – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh, Ismail Lasim, 67 mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan di Balairung Seri Istana Besar Seri Menanti, pagi ini. Timbalan Pengerusi UMNO Negeri Sembilan itu menyempurnakan upacara angkat sumpah pada pukul 11.37 pagi di hadapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. Turut menyaksikan istiadat itu, Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud bersama kedua anakanda Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin dan Tunku Zain Al’Abidin. Hadir sama Undang Luak Sungei Ujong,…
Read MoreMCA rekod sejarah, kembali ke DUN
SEPANG 2 Ogos – Selepas bertahun-tahun tidak bertanding di Negeri Sembilan, MCA kini kembali ke Dewan Undangan Negeri (DUN) itu susulan kemenangan dua calonnya pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Negeri Sembilan 2026. Presiden MCA, Dr Wee Ka Siong berkata, selepas empat kali berturut-turut PRN Negeri Sembilan tanpa wakil BN-MCA, kini sejarah direkodkan apabila MCA diberi mandat oleh rakyat – satu kerusi di sebelah utara dan satu lagi di selatan. Siow Kong Choon (John Siow) mencapai kemenangan luar biasa dengan menewaskan penyandang, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke untuk…
Read More