Jaga Kad Nusuk seperti MyKad

SEPANG 29 April  – Jemaah haji Malaysia dinasihatkan supaya sentiasa menjaga kad Nusuk sebaik mungkin kerana kad pengenalan rasmi jemaah haji itu memiliki data peribadi termasuk pasport dan visa bagi membolehkan jemaah dikenal pasti secara mudah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, kad yang ditambah baik, kini dilengkapi dengan kod respons pantas (QR) bagi mengelakkan sebarang cubaan pemalsuan terhadap kad itu. “Kad Nusuk ini kena jaga betul-betul sebab ia seperti MyKad kita. Ingat pesanan saya ini jaga kad ini macam kita jaga MyKad…

Read More

Kumpulan pertama jemaah haji ke Madinah

SEPANG 29 April – Musim haji bagi jemaah Malaysia tahun ini bermula selepas kumpulan pertama yang terdiri daripada 284 jemaah berlepas ke Tanah Suci pada pukul 4.05 pagi ini, dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Kumpulan jemaah itu menaiki pesawat Malaysia Airlines MH8050 dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz, Madinah pada 7.50 pagi waktu tempatan (Arab Saudi), hari yang sama. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata TH telah mula menghantar petugas haji ke Arab Saudi seawal 24 April…

Read More

Wanita tertua Jepun meninggal

TOKYO – Wanita, Okagi Hayashi, 115 tahun yang diiktiraf sebagai individu tertua di Jepun, meninggal dunia akibat kegagalan jantung hujung minggu lepas. Menurut Kementerian Kesihatan Hayashi, yang dilahirkan pada 2 September 1909, meninggal dunia pada pagi Sabtu di sebuah hospital di kampung halamannya di Toki, Wilayah Gifu. Beliau menjadi orang tertua di Jepun pada Disember lepas selepas kematian Tomiko Itooka, yang meninggal dunia pada usia 116 tahun dan diiktiraf sebagai individu tertua di dunia ketika itu. Kini, orang tertua di Jepun ialah Mine Kondo, 114 tahun, yang menetap di Kota,…

Read More

Serangan udara AS ragut 68 jiwa

SANAA – Serangan udara Amerika Syarikat (AS) ke atas sebuah pusat tahanan di utara Yaman pada Isnin menyebabkan sekurang-kurangnya 68 orang terbunuh, manakala 47 lagi cedera. Kumpulan Houthi, yang menguasai sebahagian besar kawasan di utara Yaman berkata semua mangsa adalah pendatang tanpa izin dari Afrika yang ditahan di pusat tahanan di Saada, ibu kota wilayah Saada, utara negara itu. Kesemua 68 mayat berjaya dikeluarkan daripada runtuhan selepas pasukan pertahanan awam memadamkan kebakaran yang tercetus akibat serangan udara AS itu. Mangsa yang cedera dibawa ke hospital. Menurut saluran televisyen Houthi, satu…

Read More

Kluster ILI kalangan pelajar di Kuala Muda

PUTRAJAYA 28 April – Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Muda di Kedah mengesan kluster Influenza-Like-Ilness (ILI) dalam kalangan pelajar di sebuah institusi pendidikan di daerah itu. Ia susulan laporan media sebelum ini berhubung kejadian penyakit berjangkit dalam kalangan pelajar dan kakitangan di institusi terbabit pada 23 April lalu membabitkan 28 kes daripada 158 pelajar yang terdedah dengan kadar serangan 17.7 peratus. Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataan memaklumkan, enam daripada 28 kes disahkan positif Influenza A dan dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani manakala 22 lagi yang bergejala ILI…

Read More

39,241 pemilih baharu sepanjang Mac

PUTRAJAYA 29 April – Sebanyak 39,241 warganegara berumur 18 tahun dan ke atas didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu sepanjang Mac lalu, berbanding 34,889 pemilih baharu dalam tempoh 1 hingga 28 Februari 2025, Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, Daftar Pemilih Tambahan Bulan Mac Tahun 2025 (DPT BLN3/2025) juga merekodkan 9,000 pemilih berdaftar bertukar bahagian pilihan raya, serta 1,123 bertukar status atau kategori pengundi. DPT BLN3/2025 yang diperaku semalam dan diwartakan hari ini mengandungi 39,241 nama warganegara berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 31 Mac yang…

Read More

Pembangkang perlu terbuka terima teguran

SEPANG 28 April – Musuh sebenar pembangkang bukanlah rakan-rakan seperjuangan sebaliknya mereka yang “menindas rakyat dan menggadaikan amanah” , kata Presiden Putra Ibrahim Ali. Justeru katanya, teguran sesama dalam keluarga besar pembangkang harus diterima dengan dada terbuka dan sebagai pemimpin parti kecil, beliau tetap mendoakan kejayaan rakan Perikatan Nasional (PN) termasuk Pas dan Bersatu. Katanya dalam medan politik, yang berselisih bukan musuh, yang mengkritik bukan membenci, kerana akhirnya, rakyatlah hakim yang menentukan “Walaupun kecil, sentiasa berdiri teguh di medan perjuangan untuk mempertahan  hak rakyat dan memperkasakan bangsa. Saya bukan barua…

Read More