Google Maps tukar nama Teluk Mexico

WASHINGTON – Google Maps akan menukar nama “Teluk Mexico” kepada “Teluk Amerika” sebaik sahaja ia dikemas kini secara rasmi dalam Sistem Nama Geografi Amerika Syarikat (AS).

Menerusi catatan X, perubahan akan dapat dilihat di AS tetapi ia akan kekal sebagai “Teluk Mexico” di Mexico manakala di luar kedua-dua negara, pengguna akan melihat kedua-dua nama.

Jabatan Dalam Negeri pentadbiran Trump berkata pada Jumaat ia secara rasmi menukar nama Teluk Mexico kepada Teluk Amerika, dan puncak Alaska Denali kepada Gunung McKinley.

Google Maps, yang dimiliki oleh Google Alphabet, akan membuat perubahan serupa dengan Gunung McKinley.

Presiden AS, Donald Trump mengarahkan pertukaran nama itu sebagai sebahagian daripada tindakan eksekutif beberapa jam selepas memegang jawatan Isnin lalu, menepati janji kempen.

Nn

Related posts

Leave a Comment