9 wilayah Indonesia zon merah FMD

JAKARTA – Sembilan wilayah yang dikategorikan sebagai zon merah Penyakit Kaki dan Mulut (FMD) sedang mempergiatkan strategi menangani penyakit itu melalui Kementerian Pertanian Indonesia.

Ketua Pengarah Penternakan dan Kesihatan Haiwan kementerian, Agung Suganda berkata, wilayah itu termasuk enam di Jawa, bersama Lampung, Bali, dan Nusa Tenggara Barat.

Katanya, berdasarkan pengiraan sedia ada, Indonesia secara idealnya memerlukan sekitar enam juta dos vaksin untuk membasmi FMD di sembilan zon merah itu.

Beliau berkata, kementerian itu bersama ketua penternakan dan perkhidmatan kesihatan haiwan di sembilan zon merah, mengadakan pertemuan semalam, dengan wakil persatuan profesional, akademik dan ternakan.

“Kami sedang menyediakan strategi operasi untuk bulan vaksinasi FMD dari Februari hingga Mac ini,” kata Suganda, hari ini.

Beliau berkata, Kementerian Pertanian menganggarkan empat juta dos vaksin FMD yang dibiayai oleh Belanjawan Negeri.

Suganda juga menjelaskan bahawa kerajaan wilayah juga akan menyumbang satu juta dos vaksin daripada Belanjawan Wilayahnya, manakala satu juta dos lagi akan diperoleh melalui vaksinasi bebas yang dijalankan oleh usahawan.

Selain itu, beberapa syarikat ternakan, seperti syarikat fidlot di Lampung, akan menjalankan vaksinasi bebas untuk ternakan dalam radius tiga kilometer dan menyediakan vaksinasi percuma untuk masyarakat sekitar.

“Persatuan Koperasi Susu Indonesia (GKSI) juga akan menjalankan amalan tersebut di mana matlamat vaksinasi ini adalah untuk membentuk imuniti kumpulan di kawasan itu”, jelasnya.

Beliau melahirkan keyakinan mengenai potensi Indonesia untuk menghapuskan FMD. Pada 1990, negara ini bebas daripada penyakit itu kerana sokongan daripada Pusat Farmasi Veterinar (BBVF) Pusvetma, yang menghasilkan vaksin FMD.

Jumlah kes FMD semasa di Indonesia dari Disember 2024 hingga 23 Januari 2025, direkodkan sebanyak 28,725, dengan 858 kematian.

Nnn

Related posts

Leave a Comment