BAITULMAQDIS – Hamas menyerahkan tiga tebusan wanita Israel kepada Palang Merah selepas gencatan senjata berkuat kuasa di Gaza, semalam.
Ketiga-tiga wanita berkenaan dilaporkan keluar dari sebuah kenderaan yang dikelilingi oleh pejuang Hamas dan kemudian memasuki kenderaan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah.
Terdahulu, Hamas mengumumkan tiga tebusan warga Israel yang pertama akan dibebaskan ialah Romi Gonen, Doron Steinbrecher and Emily Damari.
Sementara itu di Tebing Barat yang diduduki pula, deretan bas sedang menunggu pembebasan tahanan warga Palestin oleh pihak Israel.
Hamas berkata, kumpulan pertama warga Palestin yang akan dibebaskan sebagai pertukaran kepada tiga tebusan Israel itu meliputi 69 wanita dan 21 remaja lelaki.
Nnn
