YTL belum siapkan 51 menara JENDELA

KUALA LUMPUR 28 Nov. – Semua 51 menara telekomunikasi yang diperuntukkan kepadaYTL Communications Sdn Bhd belum beroperasi di mana 17 daripadanya sudah melebihi tempoh sasaran sembilan bulan yang ditetapkan untuk beroperasi.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) fasa satu, YTL menerima sebanyak 51 menara.

Menjawab soalan Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Bebas-Kuala Kangsar), di Dewan Rakyat hari ini, beliau berkata, suaulan itu, YTL diletakkan dalam senarai syarikat paling corot menyiapkan projek menara telekomunikasi JENDELA.

“Maksudnya, YTL paling corot. Minta maaf, saya terpaksa sebut di sini. Daripada 51 menara diterima, semua tidak siap. Saya sudah minta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) meneliti menara yang menghadapi kelewatan,” katanya.

Fahmi berkata tindakan tegas akan dikenakan terhadap kontraktor dan, penalti boleh dikenakan mengikut notis pemberitahuan penamaan kepada pembina menara atas kegagalan menyiapkan menara dalam tempoh ditetapkan.

“Antara penalti adalah `liquidated damages’ (ganti rugi tertentu), mengambil `performance bond’ (bon prestasi), penolakkan tuntutan dan tindakan undang-undang dibawah Akta Komunikasi dan Mulitmedia.

“Pada masa ini, tindakan yang sedang dipertimbangkan adalah mengenakan liquidated damages kepada pihak yang terbabit,” katanya.

Fahmi berkata, sehingga Oktober lalu, sebanyak 1,385 daripada 1661 menara JENDELA berjaya disiapkan dan daripada jumlah itu hanya 808 menara sudah beroperasi.

Katanya, CelcomDigi menerima 866 menara dan 366 dalam pelaksanaan manakala 193 menara sudah lebih sembilan bulan siap, namun belum beroperasi manakala

Umobile pula 143 siap dan 19 dalam pelaksanaan dan dua melebihi tempoh sasaran sembilan bulan yang ditetapkan untuk beroperasi.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment