KAHERAH – Kira-kira 100 lori yang membawa makanan untuk penduduk Palestin dirompak secara kejam pada Sabtu lalu selepas memasuki Gaza, kata dua agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Konvoi lori yang membawa makanan disediakan agensi PBB iaitu Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) dan Program Makanan Sedunia (WFP).
Pegawai kanan kecemasan UNRWA, Louise Wateridge, konvoi diarahkan oleh Israel untuk berlepas dalam notis singkat melalui laluan daripada lintasan sempadan Kerem Shalom.
Ini adalah salah satu misi pemberian bantuan terburuk sepanjang tempoh 13 bulan perang di kawasan itu yang menyaksikan kelaparan semakin meruncing,
Menurut laporan media, sebanyak 98 daripada 109 lori dalam konvoi itu diserang dan beberapa pemandu turut cedera dalam insiden berkenaan.
Sementara itu, jurucakap WFP mengesahkan kejadian rompakan itu dan berkata, banyak laluan di Gaza kini tidak dapat dilalui akibat isu keselamatan.
Seorang pegawai bantuan PBB pada Jumaat berkata, akses bantuan ke Gaza sudah pun mencapai tahap paling rendah dengan penghantaran ke bahagian utara Gaza yang dikepung hampir mustahil.
Kempen tentera Israel memusnahkan Gaza bermula selepas serangan yang diketuai pejuang Hamas pada 7 Oktober tahun lalu di selatan Israel.
