GENEVA – Sebanyak 33 juta orang di Nigeria dijangka menghadapi masalah keterjaminan makanan yang teruk menjelang 2025.
Justeru, Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mendesak bantuan disegerakan.
Jurucakap WFP untuk Nigeria, Chi Lael dalam satu taklimat PBB di Geneva berkata, angka ini mewakili “peningkatan mendadak 25 juta yang memerlukan bantuan hari ini.
“Tidak pernah sebelum ini terdapat begitu ramai orang di Nigeria yang mengalami kekurangan makanan,” tegas Lael.
Beliau berkata, data menunjukkan sokongan segera diperlukan untuk mengelakkan potensi bencana makanan dan nutrisi dengan peningkatan harga makanan tiga kali ganda selepas banjir yang memusnahkan tanaman dan pemberontakan selama 15 tahun di timur laut yang menyempitkan kehidupan.
Mengenai punca utama masalah keterjaminan makanan di negara ini selain konflik, beliau berkata
Katanya selain konflik, punca masalah keterjaminan makanan adalah disebabkan dasar ekonomi, khususnya pemansuhan subsidi bahan api, menyebabkan harga bahan api meningkat 500 peratus dan peningkatan harga makanan ruji antara 100 hingga 300 peratus.
