SHAH ALAM 13 Nov . – Polis Selangor merekodkan 387 kes penderaan kanak-kanak dengan sebahagian besarnya membabitkan mangsa berumur satu tahun dan ke bawah, sepanjang tempoh antara Januari hingga Oktober lalu. Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan, berkata ia membabitkan 139 mangsa berusia kosong hingga satu tahun; dua hingga lima tahun (96); enam hingga 10 tahun (62); 11 hingga 15 tahun (49); dan 16 hingga 18 tahun (41). Katanya, sebanyak 37 kes terbabit dicatatkan pada Januari lalu, Februari (40), Mac (35), April (22), Mei (35), Jun (33), Julai (42), Ogos…
Read MoreDay: November 13, 2024
Dilarang guna ‘kurang ajar’ di Dewan Rakyat
KUALA LUMPUR 13 Okt. – – Ahli Parlimen dilarang menggunakan perkataan ‘kurang ajar’ sepanjang berbahas di Dewan Rakyat, bermula hari ini. Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul, menyifatkan perkataan itu tidak berparlimen dan meminta ahli Parlimen mengambil serius perkara berkenaan. “Berhubung perkataan kurang ajar, selepas meneliti semua perkara yang terjadi di Dewan ini dan setelah merujuk kepada Kamus Dewan keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) keluaran 2007 edisi empat muka surat 854. “Kurang ajar bermaksud tidak sopan atau buruk, atau kasar budi pekertinya. Oleh yang demikian, mulai hari ini saya…
Read MoreDr M sedih tidak terhingga…
KUALA LUMPUR 13 Nov. – Dr Mahathir Mohamad menyifatkan pemergian Daim Zainuddin sebagai kehilangan sahabat yang bersama berjuang untuk bangsa, negara dan agama. Bekas Perdana Menteri itu menzahirkan kesedihan tidak terhingga selepas mengetahui sahabatnya meninggal dunia pagi ini ini. “Sepatutnya dia disanjung kerana sumbangannya kepada perjuangan. Tetapi di akhir hayatnya dia diherdik tanpa sebab. Tanpa sebab kerana dendam. “Inikah balasan yang menimpa kerana dendam. Ya Allah. Adililah Daim berasaskan keadilan. Berikan tempat kepadanya di akhirat sebagai pejuang bangsa. Saya hanya mampu berdoa. Akan kita bersama kembali di masa tertentu. Amin,…
Read MoreBerita pilihan…
Israel dakwa banyak tuntutan AS dipenuhi
ISRAEL mendakwa sudah memenuhi kebanyakan tuntutan Amerika Syarikat (AS) untuk meningkatkan kemasukan bantuan kemanusiaan di Gaza walaupun beberapa isu masih dalam perbincangan menjelang tarikh akhir yang semakin hampir untuk memperbaiki keadaan atau bakal berdepan sekatan bantuan ketenteraan AS. Pegawai Israel mendakwa, terdapat beberapa perkara masih dalam perbincangan dan berkaitan dengan isu keselamatan menjelang tarikh akhir yang semakin hampir untuk memperbaiki keadaan atau bakal berdepan sekatan bantuan ketenteraan AS. Antara tuntutan AS yang enggan dipenuhi oleh Israel adalah membenarkan kemasukan 50 hingga 100 trak komersial sehari. Pegawai itu mendakwa, aktiviti komersial…
Read MoreMasalah keterjaminan makanan di Nigeria
GENEVA – Sebanyak 33 juta orang di Nigeria dijangka menghadapi masalah keterjaminan makanan yang teruk menjelang 2025. Justeru, Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mendesak bantuan disegerakan. Jurucakap WFP untuk Nigeria, Chi Lael dalam satu taklimat PBB di Geneva berkata, angka ini mewakili “peningkatan mendadak 25 juta yang memerlukan bantuan hari ini. “Tidak pernah sebelum ini terdapat begitu ramai orang di Nigeria yang mengalami kekurangan makanan,” tegas Lael. Beliau berkata, data menunjukkan sokongan segera diperlukan untuk mengelakkan potensi bencana makanan dan nutrisi dengan peningkatan harga makanan tiga kali ganda…
Read More