LARUT 2 Nov. – Semua cawangan Bersatu dalam 10 Bahagian yang digantung sebelum ini, kini dibenarkan bersidang bermula 7 November ini, kata Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin.berkata pihaknya sudah memaklumkan perkara itu kepada semua bahagian terbabit.
Katanya, dalam masa sama semua Bahagian berkenaan boleh mula mengadakan sidang masing-masing pada bulan depan.
“Mengenai 10 Bahagian itu, kita bukanlah menggantung untuk selamanya. Mereka akan memulakannya (persidangan) pada tarikh yang telah kita tetapkan.
Ini kerana kita nak mengelakkan dari berlaku perkara-perkara yang tidak diingini yang boleh membabitkan keseluruhan pemilihan seluruh negara,” katanya selepas merasmikan Persidangan Bersatu Bahagian Larut di Dewan Orang Ramai (DOR) Sungai Bayor, di sini, hari ini.
Terdahulu media melaporkan Hulu Langat dan Kota Melaka antara 10 Bahagian Bersatu yang digantung daripada mengadakan persidangan pada hari ini.
Ia diumumkan oleh Setiausaha Kerja Bersatu, Muhammad Suhaimi Yahya menerusi satu kenyataan media pada Khamis lalu.
Bahagian yang turut digantung ialah Jasin, Tapah, Teluk Intan, Machang, Bukit Mertajam, Bukit Bendera, Tanjong dan Cameron Highlands.
