PORT DICKSON 2 Nov. – Lima puluh pegawai penguat kuasa Jabatan Imigresen (Imigresen) yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam sindiket ‘counter setting’ atau mengatur kaunter, kini ditempatkan di beberapa unit lain. Ketua Pengarah Imigresen, Zakaria Shaaban, berkata kesemuanya dipindahkan daripada penugasan asal dan tidak lagi berkhidmat di kaunter kawalan pintu masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). “Mereka masih dalam siasatan SPRM, memang dari segi tugas di kaunter tidak lagi kita benarkan, kita bagi mereka tugas lain. “Imigresen tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana…
Read MoreDay: November 2, 2024
Mesyuarat cawangan 10 bahagian 7 Nov
LARUT 2 Nov. – Semua cawangan Bersatu dalam 10 Bahagian yang digantung sebelum ini, kini dibenarkan bersidang bermula 7 November ini, kata Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin.berkata pihaknya sudah memaklumkan perkara itu kepada semua bahagian terbabit. Katanya, dalam masa sama semua Bahagian berkenaan boleh mula mengadakan sidang masing-masing pada bulan depan. “Mengenai 10 Bahagian itu, kita bukanlah menggantung untuk selamanya. Mereka akan memulakannya (persidangan) pada tarikh yang telah kita tetapkan. Ini kerana kita nak mengelakkan dari berlaku perkara-perkara yang tidak diingini yang boleh membabitkan keseluruhan pemilihan seluruh negara,” katanya selepas…
Read More“Seorang keluar, 10 menunggu”
MUAR 2 Nov. – “Bagi saya, parti ini mesti terus berjuang, pasal kalau hari ini ada seorang buat begitu (keluar parti) ada lagi 10 orang menunggu untuk ambil alih kepemimpinan,” begitu penegasan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin. Beliau berkata, keberadaan parti di seluruh negara khususnya di Johor mesti terus berjalan dan menasihatkan mereka yang berkenaan supaya tidak mengambil langkah terburu-buru sekiranya berlaku tidak berpuas hati. Muhyiddin mengulas khabar angin seorang pemimpin bahagian di Johor dan pengikutnya mahu meninggalkan Bersatu, berdasarkan mesej kepada media menerusi WhatsApp yang memaklumkan pemimpin terbabit akan mengadakan…
Read MoreKes pembunuhan wartawan melonjak
PARIS 2 Nov.- Kes pembunuhan wartawan di seluruh dunia melonjak pada 2022 dan 2023 berbanding dua tahun sebelumnya, kata Ketua Pengarah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan (UNESCO), Audrey Azoulay. Katanya, hampir semua kes tidak berdepan hukuman. Menurut laporan UNESCO,, berlaku lonjakan kes sebanyak 38 peratus iaitu 162 kematian membabitkan wartawan yang terbunuh ketika bekerja dan ia di tahap membimbangkan. Pada 2022 dan 2023, seorang wartawan dibunuh setiap empat hari hanya kerana melaksanakan tugas penting untuk merungkai kebenaran,” kata Azoulay . Beliau menggesa lebih banyak negara mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan…
Read MoreBerita pilihan..
Bimbang kerosakan tapak keagamaan
BEIRUT – Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat menyuarakan kebimbangan mengenai kesan serius kepada kerosakan pada tapak keagamaan dan budaya di Lubnan susulan operasi ketenteraan Israel. Menurut pejabat PBB itu, sejak Oktober lalu, Israel telah memusnahkan atau merosakkan sekurang-kurangnya 10 masjid dan gereja. PBB menekankan bahawa di bawah undang-undang antarabangsa, serangan ke atas tapak keagamaan adalah dilarang. PBB turut menyuarakan kebimbangan berhubung serangan berhampiran kompleks kuil purba yang disenaraikan sebagai tapak Pertubuhan Pelajaran, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di Baalbek, sambil menekankan bahawa undang-undang kemanusiaan…
Read MoreVaksinasi polio di Gaza disambung
GENEVA – Program vaksinasi polio yang tertangguh di utara Gaza, selepas Israel melancarkan operasi ketenteraan awal Oktober, akan disambung semula, kata Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus Katanya, program fasa ketiga esok dijangka bermula di utara Semenanjung Gaza, selepas ditangguhkan minggu lalu disebabkan pengeboman yang digiatkan, arahan pemindahan besar-besaran, dan kekurangan akses serta jaminan jeda kemanusiaan. Dalam taklimat media, beliau menekankan bahawa kemanusiaan adalah “perlu” untuk melaksanakan kempen itu, tetapi menambah, “kawasan jeda dikurangkan dengan ketara dan kini hanya terhad kepada Bandaraya Gaza saja.” Beliau…
Read More