PRK DUN Mahkota satu lawan satu

KLUANG 14 Sept. – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota pada 28 September ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

Ketua Pemuda UMNO Kluang, Syed Hussien Syed Abdullah, 40 mewakili Kerajaan Perpaduan, manakala PN menampilkan bekas jurulatih dan pemain bola sepak Johor, Mohamad Haizan Jaafar atau Coach Haizan, 61.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK DUN Mahkota, Azurawati Wahid, mengumumkan nama-nama calon itu sebaik selesai proses penamaan calon pada pukul 10 pagi di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, di sini.

Hanya dua pencalonan diterima iaitu calon BN, Syed Hussien pada pukul 9 pagi, disusuli calon PN, Coach Haizan, 9.05 pagi.

PRK DUN Mahkota diadakan selepas penyandangnya,  Sharifah Azizah Syed Zain meninggal dunia pada 2 Ogos lalu akibat pendarahan dalaman.

Pada Pilihan Raya Negeri yang lalu, calon BN menang dengan majoriti 5,166 undi mengalahkan Taqiuddin Cheman (PH) yang memperoleh 11,445 undi, Mohamad Nor Lingan (PN – 7,614), dan Mohamed Noor Suleiman (Warisan – 555).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pengundian awal PRK DUN Mahkota pada 24 September ini.

(Foto SPR)

Nnn

Related posts

Leave a Comment