Kes denggi catat penurunan

PUTRAJAYA 2 Sept. – Kes demam denggi mencatatkan penurunan pada Minggu Epidemiologi ke-34 (ME34) iaitu bagi tempoh 18 hingga 24 Ogos lalu kepada 1,980 kes berbanding 2,294 kes pada minggu sebelumnya, dengan satu kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan hingga ME34 adalah sebanyak 94,807 kes berbanding 78,277 bagi tempoh sama tahun lalu.

Beliau berkata terdapat 84 kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan berbanding 55 kematian bagi tempoh yang sama pada 2023.

Dalam satu kenyataan hari ini, Dr. Muhammad Radzi berkata,  bilangan lokaliti hotspot yang dilaporkan pada ME34 adalah sebanyak 85 berbanding 91 pada minggu sebelumnya.

Katanya, daripada 85 lokaliti itu, 68 adalah di Selangor, empat masing-masing di Negeri Sembilan dan Kelantan manakala tiga masing-masing di Perak serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, dua di Sabah dan satu di Kedah.

Bagi survelan chikungunya, katanya, terdapat dua kes direkodkan pada ME34 menjadikan jumlah kumulatif kes setakat ini ialah 68 dan tiada wabak dilaporkan dalam tempoh itu.

Bagi survelan zika, sebanyak 1,781 sampel darah, lapan sampel urin serta tiga sampel cairan serebrospinal telah disaring dan keputusannya adalah negatif,” katanya.

Related posts

Leave a Comment