Henti guna lagu ABBA semasa kempen

HILVERSUM, BELANDA – Calon Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, diminta berhenti menggunakan lagu dan video kumpulan kugiran ABBA  semasa kempen calon Parti Republikan itu.

Syarikat label rekod kumpulan itu Universal Music dalam satu kenyataan berkata, pasukan kempen Trump tidak diberi izin atau lesen untuk melakukan demikian.

Akhbar Sweden Svenska Dagbladet, melaporkan lagu popular ABBA seperti “The Winner Takes It All”, “Money, Money, Money” dan “Dancing Queen” dimainkan di perhimpunan Trump serta calon naib presidennya JD Vance pada 27 Julai di Minnesota, diiringi video kumpulan tersebut.

Beberapa artis, atau wakil mereka, membantah tindakan pasukan kempen Trump yang memainkan lagu mereka di perhimpunan calon Republican itu sejak beberapa tahun ini, termasuk mendiang penyanyi-pemain gitar Amerika Tom Petty, penyanyi-penulis lagu Britain Adele, dan kumpulan rock R.E.M.

April lalu, syarikat label penyanyi dan aktivis Ireland, Sinéad O’Connor juga mengarahkan pasukan kempen Trump berhenti menggunakan lagunya manakala awal bukan ini, penyanyi Kanada Celine Dion dan syarikat labelnya membuat aduan yang sama, dengan menyifatkan penggunaan lagunya sebagai “tidak dibenarkan”.

Related posts

Leave a Comment