PERMATANG PAUH 30 Ogos – Kuala Lumpur (KL) adalah bandar raya yang masih selamat untuk dikunjungi dan rakyat khususnya pelancong yang ke ibu negara tidak perlu gusar dan bimbang susulan kejadian tanah jerlus di Masjid India, Jumaat lalu. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, beliau sudah melalui kawasan kejadian tanah jerlus itu dan tindakan segera sudah diambil oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi mengatasi perkara berkenaan. “(Melalui laporan) tanah mendap (jerlus) itu sudah di ‘establish through technical study’ dan tidak ada sebarang masalah (ditemui setakat ini). Cuma (sekarang) kawasan yang…
Read MoreDay: August 30, 2024
Kerja paip SYABAS punca mendapan
KUALA LUMPUR 30 Ogos – Mendapan kecil tanah yang berlaku di hadapan bangunan Ariani berhampiran Jalan Masjid India di sini, berpunca kerja baik pulih paip yang dilaksanakan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) sebelum ini. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengesahkan demikian susulan foto yang tersebar di media sosial mengenai mendapan kecil di kawasan tidak jauh dari lokasi tanah jerlus yang menyebabkan seorang wanita warga India terjatuh dan hilang. “Pihak SYABAS telah dimaklumkan mengenai perkara ini dan kerja-kerja baik pulih mendapan akan dilakukan segera dan dijangka selesai dalam tempoh tiga hari,”…
Read MoreJerlus bukan berpunca paip pembetungan IWK
KUALA LUMPUR 30 Ogos – Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd menegaskan kejadian tanah jerlus di Jalan Pantai Permai, Kampung Kerinchi, di sini, bukan berpunca daripada paip pembetungan awam miliknya. Dalam kenyataannya, IWK berkata pasukan operasi sudah memeriksa lokasi kejadian sebaik menerima laporan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan mendapati aliran air kumbahan di jajaran paip pembetungan lancar seperti biasa. “Pemeriksaan lanjut sudah dibuat petang semalam dengan menggunakan kaedah kamera litar tertutup (CCTV) dan hasil siasatan mendapati bahawa paip dan lurang pembetungan awam dalam keadaan baik dan tiada tanda-tanda…
Read MoreBerita pilihan…
Henti guna lagu ABBA semasa kempen
HILVERSUM, BELANDA – Calon Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, diminta berhenti menggunakan lagu dan video kumpulan kugiran ABBA semasa kempen calon Parti Republikan itu. Syarikat label rekod kumpulan itu Universal Music dalam satu kenyataan berkata, pasukan kempen Trump tidak diberi izin atau lesen untuk melakukan demikian. Akhbar Sweden Svenska Dagbladet, melaporkan lagu popular ABBA seperti “The Winner Takes It All”, “Money, Money, Money” dan “Dancing Queen” dimainkan di perhimpunan Trump serta calon naib presidennya JD Vance pada 27 Julai di Minnesota, diiringi video kumpulan tersebut. Beberapa artis, atau wakil mereka,…
Read MoreKamala Harris dahului tinjauan
WASHINGTON – Kamala Harris mendahului saingan pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) dengan 45 peratus, manakala pesaingnya, Donald Trump hanya 41 peratus dalam tinjauan Reuters/Ipsos yang diterbitkan semalam. Pencapaian Naib Presiden AS dari Demokrat itu mencetuskan semangat baharu dalam kalangan pengundi yang memberikan impak kepada Trump, menjelang pilihan raya pada 5 November ini. Perbezaan empat peratus dalam kalangan pengundi berdaftar adalah lebih besar berbanding kelebihan satu mata dimiliki Kamala terhadap bekas presiden dalam tinjauan Reuters/Ipsos akhir Julai lalu. Tinjauan terkini yang dijalankan selama lapan hari hingga Rabu lalu, mempunyai margin…
Read More