PARIS: Mesir akan membida untuk penganjuran Sukan Olimpik Musim Panas 2036 dan 2040, kali pertama di benua Afrika selepas Kaherah gagal membida hak penganjuran edisi 2008.
Ketua Persatuan Jawatankuasa Olimpik Afrika (ANOCA), Mustapha Berraf berkata, dengan peningkatan infrastruktur dan fasiliti sukan di negara itu akan menjadi kunci untuk kejayaan membida hak tuan rumah itu.
Negara dengan penduduk paling ramai di dunia Arab itu sudahpun melabur berbilion dolar untuk membina fasiliti, stadium dan kompleks sukan dalam beberapa tahun kebelakangan ini sebagai langkah pemodenan negara itu.
“Mesir akan membida untuk 2036 dan 2040,” kata Berraf pada sidang media pada hari majlis penutupan Sukan Olimpik Paris
Pentadbir sukan Algeria berkata satu lagi bidaan daripada negara Afrika dapat membantu merealisasikan impian itu dengan Afrika Selatan menjadi antara negara yang dicadangkan namun tidak memaklumkan edisi untuk menganjurkannya.
Ahli Jawatankuasa Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) itu berkata, Afrika mempunyai peluang untuk menganjurkan Olimpik dan berkemungkinan besar pada 2040.
Bagaimanapun masih ada beberapa isu infrastruktur seperti jalan raya dan lapangan terbang tetapi Mesir ada potensi untuk infrastruktur yang penting.
Los Angeles akan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas 2028 manakala Brisbane akan menjadi penganjur edisi 2032.
Beberapa negara lain turut menunjukkan minat untuk membida edisi 2036 antaranya Indonesia, India, Turkiye, Qatar dan Arab Saudi.
Nnn
