PUTRAJAYA 12 Ogos – Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata, Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi tidak perlu mendabik dada sebagai hero yang menjatuhkannya dan penyelamat UMNO. Dr Mahathir menegaskan peletakan jawatannya hingga membawa kepada kejatuhan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) empat tahun lalu tidak ada kaitan dengan Presiden UMNO itu.. “Zahid bukan hero. Ia hanya seorang yang menghadapi tuduhan dalam mahkamah dan sanggup bekerjasama dengan musuh ketat UMNO, iaitu DAP, supaya jadi Timbalan Perdana Menteri demi menyelamatkan dirinya dari dibicara berkenaan kesalahannya,” katanya menerusi hantaran di laman sosialnya, di…
Read MoreDay: August 12, 2024
Mesyuarat Kabinet pertama di IKN
Mesyuarat Kabinet pertama di IKN JAKARTA – Ibu Kota Nusantara (IKN), mencatat sejarah hari ini apabila Kerajaan Indonesia mengadakan mesyuarat Kabinet pleno pertamanya di ibu negara baharu yang terletak di wilayah Kalimantan Timur. Ini menandakan bermulanya proses peralihan fungsi pentadbiran Indonesia dari Jakarta ke Nusantara. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden Joko Widodo itu diadakan di Istana Garuda dan dihadiri Naib Presiden Ma’ruf Amin serta semua menteri Kabinet termasuk bakal Presiden, yang juga Menteri Pertahanan Prabowo Subianto Dilaporkan mesyuarat tertumpu kepada penilaian prestasi semasa kerajaan dan program-program untuk tahun hadapan termasuk…
Read More95,837 mangsa ‘scam’ rugi RM3.18 bilion
PETALING JAYA 12 Ogos – Kira-kira 95,837 mangsa kerugian RM3.18 bilion dalam tempoh 2021 hingga April 2024 akibat penipuan atau ‘scam’ dalam talian, kata Menteri Digital, Gobind Singh Deo. Beliau berkata, berdasarkan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) jumlah berkenaan hanya membabitkan mangsa yang telah membuat laporan. “Saya percaya masih ramai mangsa yang tidak melaporkan dan jumlah sebenar mungkin lebih tinggi,” katanya selepas menyaksikan pemeteraian perjanjian antara Axiata Group Bhd; Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC); dan CyberSecurity Malaysia (CSM) dalam memperkasakan infrastruktur keselamatan siber kebangsaan dan melawat Pusat Fusion Siber Axiata…
Read MoreAnwar nafi rombakan Kabinet
KUALA LUMPUR 12 Ogos – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menafikan akan melakukan rombakan Kabinet sekali lagi di bawah pentadbirannya. Anwar yang juga Menteri Kewangan sebaliknya menegaskan, beliau ‘tidak mendengar’ mengenai perkara tersebut. “Itulah baru saya diberitahu (mengenai dakwaan rombakan Kabinet). Saya tak dengar lagi. Siapa nak tolong rombakan Kabinet? Siapa nak tolong? “Saya tak dengar… serius, saya tak dengar,” katanya menjawab pertanyaan media susulan laporan mendakwa rombakan Jemaah Menteri dijangka berlaku sekurang-kurangnya menjelang akhir bulan ini. Anwar berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Perasmian Sidang Kemuncak Tahun…
Read MoreSematkan prinsip taat setia – KSN
PUTRAJAYA 12 Ogos – Ada berita baik menanti kira-kira 1.6 juta penjawat awam pada perhimpunan Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19 Jumaat ini. Perkara itu dimaklumkan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Shamsul Azri Abu Bakar berhubung penganjuran perhimpunan berkenaan. Walaupun tidak mendedahkan intipati majlis amanat itu, ia dipercayai berkaitan pelarasan gajipenjawat awam yang akan diumumkan serentak dengan pelancaran Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA). “Tak boleh bocor rahsia, insya-Allah (ada) berita baik untuk penjawat awam,” katanya ketika ditemui selepas mengimbas kad perakam waktu pada hari pertama memulakan tugas sebagai KSN di…
Read MoreBerita pilihan…
1.8 peratus populasi Gaza terbunuh
RAMALLAH – Kira-kira 1.8 peratus daripada populasi Gaza terbunuh sejak 7 Oktober 2023 lalu berikutan serangan Israel ke atas wilayah itu, demikian menurut angka yang dikeluarkan oleh Biro Statistik Pusat Palestin (PCBS) semalam.. Menurut laporan media, biro itu dalam satu kenyataan berkata, dalam tempoh lebih 10 bulan serangan di Gaza, lebih 39,000 orang terbunuh di mana, kira-kira 24 peratus daripada mangsa Palestin di Gaza adalah golongan muda. Perangkaan itu turut menunjukkan kebuluran meragut 34 nyawa di Gaza, dengan kira-kira 3,500 kanak-kanak berisiko mati akibat kekurangan zat makanan dan kekurangan bekalan…
Read MoreMesir mahu bida Sukan Olimpik 2036
PARIS: Mesir akan membida untuk penganjuran Sukan Olimpik Musim Panas 2036 dan 2040, kali pertama di benua Afrika selepas Kaherah gagal membida hak penganjuran edisi 2008. Ketua Persatuan Jawatankuasa Olimpik Afrika (ANOCA), Mustapha Berraf berkata, dengan peningkatan infrastruktur dan fasiliti sukan di negara itu akan menjadi kunci untuk kejayaan membida hak tuan rumah itu. Negara dengan penduduk paling ramai di dunia Arab itu sudahpun melabur berbilion dolar untuk membina fasiliti, stadium dan kompleks sukan dalam beberapa tahun kebelakangan ini sebagai langkah pemodenan negara itu. “Mesir akan membida untuk 2036 dan 2040,”…
Read More