Tun M rayu hantar pengaman terkuat

PUTRAJAYA 20 Julai – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad merayu pasukan pengaman antarabangsa terkuat dihantar ke Gaza untuk melindungi rakyat Palestin dan menghentikan pembunuhan beramai-ramai oleh Israel.

“Tolong, tolong, hentikan pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin. Israel tidak menghormati pendapat atau undang-undang antarabangsa. Masyarakat antarabangsa yang menghormati peraturan undang-undang mesti bertindak.

Ia mesti dikuatkuasakan. Tolong hantar pasukan pengaman antarabangsa ke Gaza untuk melindungi rakyat Palestin. Hantar pasukan pengaman antarabangsa yang kuat dan besar,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata, rakyat Palestin perlu dibantu atas nama kemanusiaan dan kesucian kehidupan manusia.

“Tolong hentikan pembunuhan beramai-ramai. Saya merayu kepada keprihatinan dunia untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai,” katanya.

Related posts

Leave a Comment