WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menggesa siasatan bebas terhadap keselamatan di perhimpunan di Pennsylvania pada Sabtu di mana Trump ditembak dan cedera ketika sedang memberi ucapan.
Beliau juga sudah mengarahkan Perkhidmatan Rahsia untuk menyemak semua langkah keselamatan bagi Konvensyen Nasional Republikan, yang dijadualkan bermula Isnin di Milwaukee.
“Malam tadi, saya bercakap dengan Donald Trump. Saya amat bersyukur kerana beliau berada dalam keadaan baik. Kami berbual ringkas tetapi baik,” kata Biden dalam ucapan dari Rumah Putih pada Ahad.
Sebagai bekas presiden dan calon Republikan untuk pemilihan 2024, Biden berkata, Trump menerima tahap keselamatan yang tinggi daripada Perkhidmatan Rahsia dan itu akan diteruskan.
Dalam kejadian itu, seorang peserta perhimpunan terbunuh dan dua lagi cedera.
Biden juga menyeru rakyat negara itu bersatu susulan cubaan membunuh terhadap Donald Trump dan menyatakan siasatan mengenai kejadian tembakan pada Sabtu itu sedang dijalankan,
Nnn
