Trump selamat dalam insiden tembakan

BUTLER, (Amerika Syarikat) : Beberapa das tembakan kedengaran pada perhimpunan calon dan bekas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump di Pennsylvania pada pagi Ahad (waktu tempatan).

Bunyi tembakan itu kedengaran ketika Trump sedang berucap menyebabkan beliau menjatuhkan badannya  ke pentas sambil dilindungi ejen Perkhidmatan Rahsia.

Beliau yang kelihatan berdarah di sebelah kanan muka dan telinga kemudiannya dibawa oleh anggota pasukan keselamatan meninggalkan pentas ceramah sambil Trump dilihat mengangkat penumbuk.

Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat (AS) mengesahkan Trump selamat.

Sementara itu, Presiden AS, Joe Biden berkata beliau telah diberi taklimat mengenai insiden itu dan bersyukur mendengar bahawa Trump selamat dan sihat.

“Saya mendoakan dia dan keluarganya serta semua yang berada di perhimpunan itu, sementara kami menunggu maklumat lanjut.

“Jill dan saya berterima kasih kepada Perkhidmatan Rahsia kerana membawanya ke tempat yang selamat. Tidak ada tempat untuk keganasan seperti ini di Amerika. Kita mesti bersatu sebagai satu negara untuk mengutuknya,” katanya pada sidang media.

Related posts

Leave a Comment