MUAR 15 Julai – Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi terbuka sekiranya dua jawatan tertinggi dalam parti itu dipertandingkan pada Pemilihan UMNO 2026. Beliau menyerahkan kepada Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT) dan Perhimpunan Agung UMNO akan datang untuk membuat sebarang ketetapan berhubung perkara tersebut. Bagaimanapun tegasnya, UMNO perlu mengukuhkan parti terlebih dahulu berbanding memikirkan soal pemilihan dan jawatan tertinggi parti. “Saya amat terbuka dalam perkara ini. Namun apa yang lebih penting UMNO harus dipertahankan dan kekal relevan bukannya memikirkan soal pertandingan. “Kita perlu lihat situasi sesuatu tahun atau tarikh yang…
Read MoreDay: July 14, 2024
Bendung penggunaan rokok elektronik
KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa penggunaan rokok elektronik atau vape dalam kalangan remaja termasuk murid sekolah dilihat berada pada tahap kritikal, manakala penjualannya tidak lagi dapat dibendung. Pegawai Pendidikan Kanan dan Aktivis Anti Merokok CAP, NV Subarow berkata, vape bukan sahaja dijual di ribuan kedai seluruh negara berhampiran kawasan sekolah dan perumahan malahan di kaki lima tanpa lesen serta menerusi mesin layan diri. Justeru CAP meminta Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad untuk mengotakan janji berkaitan peraturan penjualan rokok elektronik atau vape. “Tinjauan CAP mendapati…
Read More‘Drama UMNO’ kurangkan risiko kehilangan ahli
SEPANG 14 Julai – Seorang pemimpin Pas menyifatkan kenyataan beberapa Ketua UMNO Bahagian di Johor yang meminta agar kerjasama dengan DAP dikaji semula hanyalah sebagai drama semata-mata. Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, kenyataan itu hanya bertujuan untuk mengurangkan risiko kehilangan ahli dan pengundi UMNO dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti. “Yang muktamadnya ialah pandangan Tuan Presiden. Janganlah tertipu,” katanya dalam hantaran di Facebook. Semalam, Ketua UMNO Bahagian Kluang, Md Jais Sarday menyatakan bahawa kerjasama UMNO dengan DAP pada dasarnya tidak banyak memberikan manfaat kepada UMNO serta BN.…
Read MoreMalaysia kutuk serangan di kem pelarian
PUTRAJAYA 14 Julai – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan berterusan Israel ke atas rakyat Palestin, termasuk serangan udara di kem pelarian al-Mawasi kelmarin yang meragut banyak nyawa termasuk wanita dan kanak-kanak serta mencederakan ratusan yang lain. Kementerian Luar berkata, serangan keji dan tidak berperikemanusiaan itu berlaku di kawasan yang ditetapkan oleh Israel sebagai zon selamat untuk rakyat Palestin, sekali gus menunjukkan pengabaian dan tindakan tidak menghormati nyawa manusia. “Ia juga bercanggah dengan undang-undang kemanusiaan antarabangsa, undang-undang hak asasi manusia antarabangsa dan undang-undang antarabangsa. “Malaysia kekal dengan sokongan teguh terhadap rakyat Palestin…
Read MoreMisi wajib menang di Gua Musang
GUA MUSANG 14 Julai – UMNO Gua Musang akan menggerakkan jentera pilihan raya habis-habisan dalam misi wajib menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada 17 Ogos ini. Ketuanya, Tengku Razaleigh Hamzah, berkata UMNO bahagian mahu menebus kekalahan pada pilihan raya lalu sekali gus dapat mengembalikan kegemilangan UMNO yang tewas sebelum ini. “Misi kita adalah wajib menang di Gua Musang. Kita tahu kalah menang semuanya di tangan Tuhan, tetapi kita mesti bekerja keras untuk membolehkan kita mendapat kemenangan seperti dulu. “Jika kita berjaya memenangi DUN Nenggiri…
Read MoreBerita pilihan..
Trump selamat dalam insiden tembakan
BUTLER, (Amerika Syarikat) : Beberapa das tembakan kedengaran pada perhimpunan calon dan bekas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump di Pennsylvania pada pagi Ahad (waktu tempatan). Bunyi tembakan itu kedengaran ketika Trump sedang berucap menyebabkan beliau menjatuhkan badannya ke pentas sambil dilindungi ejen Perkhidmatan Rahsia. Beliau yang kelihatan berdarah di sebelah kanan muka dan telinga kemudiannya dibawa oleh anggota pasukan keselamatan meninggalkan pentas ceramah sambil Trump dilihat mengangkat penumbuk. Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat (AS) mengesahkan Trump selamat. Sementara itu, Presiden AS, Joe Biden berkata beliau telah diberi taklimat mengenai insiden itu…
Read MoreProtes desak Netanyahu berundur
TEL AVIV – Protes anti-kerajaan Israel dilaporkan masih berterusan di jalan raya di Tel Aviv pada Sabtu bagi mendesak Perdana Menteri Benjamin Netanyahu meletak jawatan. Majoriti penunjuk perasaan mengibarkan bendera sambil membawa sepanduk mengkritik kepemimpinan Netanyahu berhubung isu-isu penting seperti membawa pulang tebusan dari Gaza dan bersetuju untuk genjatan senjata. Pada masa sama, protes mingguan ini semakin kerap diadakan ketika konflik di Gaza berlanjutan. Pada Sabtu, serangan udara Israel membunuh sekurang-kurangnya 90 orang Palestin di zon kemanusiaan di Gaza. Penduduk yang berlindung di kawasan itu memaklumkan khemah mereka musnah akibat…
Read More