Penerbangan pertama umrah Andalusia bersama Saudia

SEPANG 7 Julai – Selepas berakhir musim haji, Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia Travel)  hari ini memulakan penerbangan kumpulan pertama  jemaah umrah bagi musim 1446 Hijrah.

Penerbangan sulung syarikat pengendali pakej haji dan umrah itu melibatkan 27 jemaah yang menggunakan penerbangan Saudia Airlines (Saudia) terus ke Jeddah.

Pengerusi Eksekutif Andalusia, Md Daud Che Ngah berkata, ini merupakan kumpulan jemaah pertama yang menggunakan penerbangan Saudia Airlines selepas  Andalusia dan Saudia memeterai memorandum persefahaman (Mou) April lepas.

Melalui MoU itu, Saudia menyediakan 70,000 tempat atau tiket penerbangannya kepada Andalusia Travel bagi musim 1446H.

“Pada hari ini bukan sahaja kita menghantar kumpulan jemaah umrah yang pertama pada 1446 Hijrah tetapi mereka juga dapat menikmati penerbangan berkualiti Saudia Airlines,” katanya.

Md Daud berkata demikian pada sidang media Keberangkataan Jemaah Umrah Kumpulan Pertama Umrah Andalusia Musim 1446H dengan Saudia, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Pengarah Urusan Kumpulan Andalusia Travel, Ibrahim Mat Sin dan Pengurus Penjualan Saudia Airlines Malaysia, Azman Ahmad.

Menurut Md Daud, Saudia merupakan antara penerbangan yang menyediakan tempat duduk yang selesa untuk penumpangnya dan disenaraikan antara syarikat penerbangan terbaik dunia dengan katering terbaik untuk kelas Ekonomi dunia bagi tahun 2023 oleh Skytrax.

Katanya, syarikat penerbangan tersebut benar-benar memastikan bahawa setiap penumpangnya akan diberi layanan yang sangat baik dan satu-satunya penerbangan yang menyediakan surau dalam pesawatnya.

Sementara itu, Azman berkata,  pihaknya berbesar hati kerana dapat menyediakan sebanyak 70,000 tiket penerbangan Saudia Airlines kepada pihak Andalusia Travel dalam MoU yang ditandatangani bulan April yang lalu.

Kata beliau,  Andalusia Travel merupakan syarikat yang sangat dipercayai dan sentiasa menyediakan perkhidmatan berkualiti buat  jemaahnya.

“Jadi, kami tidak keberatan untuk memberikan 70,000 tiket penerbangan Saudia Airlines kepada jemaah Andalusia Travel dalam MoU yang lalu, dan memandangkan hari ini merupakan jemaah pertama Andalusia pada 1446 Hijrah, maka kami akan pastikan mereka diberi perkhidmatan yang berkualiti tinggi.

“Malah, sekalipun jemaah ini berada dalam kelas ekonomi tetapi saya berani jamin bukan sekadar memberi layanan yang berkualiti sahaja diberikan, tetapi juga makanan yang sedap,” katanya.

Pada April lalu Andalusia Travel menandatangani MoU dengan Saudi Airlines bagi pembelian 70,000 tiket penerbangan SV bernilai hampir RM230 juta untuk ditawarkan kepada jemaah yang ingin menunaikan umrah bagi 2024/2025.

Pengarah dan Penasihat Undang-Undang Andalusia Travel, Ida Riswana Idris, berkata MoU itu adalah bagi pakej yang ditawarkan pada musim 1446 Hijrah 2024/2025 untuk pelepasan bermula Julai sehingga Mei tahun depan.

.

Nnnnn

Related posts

Leave a Comment