FELDA rekod pendapatan RM186 juta

KUALA LUMPUR 4 Julai – FELDA merekodkan jumlah pendapatan sebanyak RM186 juta bagi suku pertama tahun ini, meningkat tiga peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, kata Timbalan Perdana Menteri, Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, berkata pendapatan itu merangkumi pendapatan hasil sawit lot FELDA, dividen, yuran pengurusan dan lain-lain pendapatan.

Katanya, perkembangan positif itu adalah impak daripada harga ‘Fresh Fruit Bunches’ (FFB) yang memberangsangkan pada suku pertama tahun ini iait pada harga RM806.29 per tan berbanding tempoh sama tahun lalu RM797.89 per tan.

Menurut Ahmad Zahid, perbelanjaan keseluruhan FELDA merekodkan sebanyak RM278 juta menurun 39 peratus berbanding suku pertama 2023.

Dalam jawapan bertulis di Parlimen, beliau berkata, jumlah perbelanjaan merangkumi perbelanjaan kos operasi ladang, kos pentadbiran, perbelanjaan peneroka, kos kewangan dan juga penjejasan.

Keseluruhannya, prestasi kewangan FELDA bagi suku tahun pertama 2024 menunjukkan kenaikan yang memberangsangkan dalam pengurusan kewangan dan operasi organisasi serta pelaksanaan strategi yang lebih berkesan dalam mengawal kos dan meningkatkan kecekapan berbanding suku sama 2023.

Antara pelan pemulihan yang dilaksanakan adalah penstrukturan semula pinjaman FELDA melalui penerbitan SUKUK, digabung geran modal tahunan dari Kerajaan dan FELDA meningkatkan pegangan saham FGV kepada 82.92 peratus,” katanya.

Beliau menjawab soalan Salamiah Mohd Nor (PN-Temerloh) yang meminta Perdana Menteri menyatakan prestasi kewangan FELDA sehingga suku tahun pertama 2024 dan pelan pemulihan yang telah dilaksanakan.

Menjawab soalan dikemukakan Mohd Shafie Apdal (Warisan-Semporna), Ahmad Zahid berkata jumlah nilai hasil yang dijana daripada industri sawit di Sabah adalah RM544.43 juta bagi tempoh lima tahun (2019-2023) dengan jumlah kos operasi sebanyak RM165.73 juta dan pendapatan bersih sebanyak RM378.69 juta.

Beliau berkata daripada jumlah pendapatan bersih itu, nilai yang diperoleh oleh FELDA melalui pendapatan lot FELDA hanyalah sebanyak 24 peratus sahaja iaitu RM92.61 juta dan selebihnya 76 peratus iaitu RM286.08 juta adalah pendapatan peneroka.

Mohd Shafie bertanyakan soalan mengenai jumlah hasil daripada industri sawit yang dijana melalui FELDA di Sabah berbanding hasil keseluruhan di seluruh Malaysia bagi tempoh lima tahun dan strategi FELDA bagi memberikan impak ekonomi yang lebih menyeluruh dan bermakna, bukan sahaja kepada peneroka, malah kepada komuniti di sekitar Lahad Datu dan Tawau.

Katanya, berdasarkan rekod jumlah tan yang dicapai, prestasi industri sawit di Sabah pada 2023 meningkat sebanyak 2.50 peratus berbanding 2022.

“Walaubagaimanapun, pendapatan bersih tahun 2023 berkurang sebanyak 37 peratus. Antara faktor utama pengurangan pendapatan bersih ini adalah penurunan harga Buah Tandan Segar (BTS) per tan sebanyak 28 peratus (RM778 per tan pada 2023 berbanding RM1,087 per tan pada 2022),” katanya.

Nnn

Related posts

Leave a Comment