Ustaz Don Daniyal ‘direhatkan terus”.

KUALA LUMPUR 14 Jun – Baru muncul malam tadi selepas direhatkan, pendakwah bebas, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid ‘direhatkan terus’ dan tidak akan muncul lagi dalam program Salam Baitullah terbitan RTM di TV1.

Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Suhaimi Sulaiman yang kecewa dengan tindakan pendakwah popular itu malam tadi berkata, Ustaz Don tidak akan muncul dalam program yang masih berbaki empat episod itu.

“Bila dah bagi peluang, dah ‘consult authority’ dan ahli agama, dah ‘remind’ apa yang boleh cakap dan apa yang tak boleh, kenalah pandai ‘anticipate response from viewers’.

Wisdom kena ada, kawalan diri kena mantap. Don’t play victim. So sorry have to rest you. Maaf semua, hang in there team,” ciap Suhaimi di platform X, petang ini.

Difahamkan tindakan itu dikatakan ada kaitan dengan kenyataan Ustaz Don mengenai fadhilat “memandang wajah guru lebih baik dari mensedekahkan 1000 ekor kuda di jalan Allah”.

Sebelum ini media melaporkan, Don Daniyal direhatkan daripada mengendalikan rancangan tersebut susulan kontroversi membabitkan kisah hidup Nabi Muhammad SAW yang beliau ceritakan.

Dalam pada itu, bercakap kepada Malaysiakini, Suhaimi berkata Don Daniyal sepatutnya mengikut setiap garis panduan yang diberikan.

“Apa yang kami dah beritahu untuk dibuat dan tidak dibuat. Kami dah beri peluang, dan berunding dengan pihak agamawan tapi dia tak ikut.

Kita tak terima dia untuk on air (bersiaran) lagi. Untuk baki episod Salam Baitullah akan datang dia takkan ada dah,” katanya.

Memetik laporan Kosmo pula, Suhaimi sudah memaklumkan kepada Ustaz Don mengenai tindakan itu.

“Saya harap dia fahamlah kenapa, apabila saya buat keputusan saya (sendiri) akan beritahu individu itu,” katanya.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment