GAZA: Israel mengebom satu daripada sekolah di Gaza tanpa memberikan amaran awal kepada ribuan pelarian yang berlindung di sana, kata Ketua Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA), Philippe Lazzarini.
“Sebuah lagi sekolah UNRWA yang kini menjadi tempat penduduk berlindung diserang.
“Menyerang, menyasarkan atau menggunakan bangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk tujuan ketenteraan bermakna mengabaikan undang-undang kemanusiaan antarabangsa secara terang-terangan,” tulis Lazzarini menerusi platform media sosial X.
Beliau menambah, UNRWA ‘berkongsi koordinat semua kemudahannya (termasuk sekolah terbabit) dengan tentera Israel dan pihak lain dalam konflik itu.
“Menyasarkan premis PBB atau menggunakannya untuk tujuan ketenteraan tidak boleh dijadikan norma baharu,” katanya.
Beliau turut memberitahu, sekolah itu menjadi tempat 6,000 penduduk yang kehilangan tempat tinggal susulan perang berkenaan yang masih berlarutan.
Sementara itu, kumpulan hak asasi Israel l, B’Tselem menyatakan serangan itu dilakukan susulan premis terbabit disyaki menjadi lokasi jenayah perang.
Bagaimanapun jika ia benar seperti didakwa, tindakan serangan itu adalah menyalahi undang-undang, mereka tidak boleh membenarkan kemudaratan besar-besaran kepada orang awam yang mencari perlindungan di sekolah itu dan berada dalam ketakutan berikutan pertempuran berpanjangan.
Nnn
