AS sokong resolusi gencatan senjata

TEL AVIV: Washington berkecuali dan tidak membantah resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) yang menggesa gencatan senjata segera di Gaza.

Dalam pengundian terbaharu semalam, sikap AS yang berkecuali membenarkan resolusi kali ini diluluskan, apabila 14 ahli UNSC lain mengundi menyokongnya.

Duta Besar AS ke PBB, Linda Thomas-Greenfield berkata, walaupun resolusi terkini mengandungi suntingan yang diminta oleh AS, Washington tidak boleh mengundi ‘ya’ kerana ia ‘tidak bersetuju dengan semua kandungannya’.

“Gencatan senjata mungkin berlaku kira-kira beberapa bulan lalu jika Hamas bersedia membebaskan tebusan,” kata duta itu.

Susulan keputusan AS itu mendorong Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, membatalkan lawatan delegasi membabitkan dua penasihat utamanya yang dijadualkan ke AS, kata dua pegawai Israel.

Mengikut perancangan awal, Penasihat Keselamatan Israel, Tzachi Hanegbi dan Ron Dermer, anggota Kabinet perang dan penasihat rapat Netanyahu, dijadualkan berlepas ke Washington semalam untuk membincangkan strategi serangan dan alternatif AS.

Bagaimanapun, lawatan itu dibatalkan berikutan keputusan pengundian terbaharu UNSC diperoleh selepas kali ke-10 resolusi gencatan senjata di Gaza dibangkitkan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Resolusi itu, yang dikemukakan oleh 10 anggota tidak tetap UNSC itu menuntut gencatan senjata segera sepanjang Ramadan, pembebasan segera tebusan tanpa syarat dan membuka semua saluran penghantaran bantuan ke Gaza.

AS sebelum ini menggunakan kuasa vetonya menolak gencatan senjata, yang mana daripada sembilan usul dikemukakan di UNSC sebelum ini, hanya dua berkaitan penghantaran bantuan kemanusiaan diluluskan badan dunia itu.

Bagaimanapun, pendirian AS berubah Jumaat lalu apabila ia mengemukakan resolusi gencatan senjata Gaza yang terikat dengan pembebasan tebusan, namun diveto Russia dan China kerana tidak menuntut pemberhentian perang di Gaza.

Dalam pengundian terbaharu semalam, sikap AS yang berkecuali membenarkan resolusi kali ini diluluskan, apabila 14 ahli UNSC lain mengundi menyokongnya.

Resolusi itu, yang dikemukakan oleh 10 anggota tidak tetap UNSC itu menuntut gencatan senjata segera sepanjang Ramadan, pembebasan segera tebusan tanpa syarat dan membuka semua saluran penghantaran bantuan ke Gaza.

Setiausaha Agung PBB, António Guterres, menegaskan, kegagalan untuk melaksanakan resolusi kali ini akan menjadi dosa yang ‘tidak boleh dimaafkan’.

“UNSC hanya meluluskan resolusi yang sudah lama ditunggu-tunggu mengenai Gaza, menuntut gencatan senjata segera serta pembebasan serta-merta dan tanpa syarat semua tebusan.

“Resolusi ini mesti dilaksanakan. Kegagalan tidak boleh dimaafkan,” tulis Guterres dalam hantaran di akaun media sosial X.

Nnn

Related posts

Leave a Comment