Najib: Pemimpin UMNO sokong pendirian MKT

KUALA LUMPUR 4 Feb. – Perjumpaan Khas Presiden dengan kepemimpinan utama 191 UMNO Bahagian sebulat suara bersetuju dengan pendirian Majlis Kerja Tertinggi (MKT) untuk meneruskan usaha mendapatkan pembelaan ke atas Najib Razak.

Setiausaha Agung UMNO Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, majlis perjumpaan itu turut melibatkan kehadiran Exco-exco Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri UMNO.

Katanya, adalah tidak wajar bagi sesiapapun mempertikaikan kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong yang jelas diperuntukkan dalam Perkara 42 Kuasa Pengampunan, Perlembagaan Persekutuan.

“Justeru suara-suara sumbang yang mempertikaikan kuasa ini hakikatnya secara jelas tidak menghormati institusi Raja khususnya kuasa yang diperuntukkan dalam Perlembagaan kepada YDP Agong dalam memberikan pengampunan kepada sesiapa sahaja atas budi bicara baginda dan bahkan boleh didakwa di bawah Akta Hasutan,” katanya melalui hantaran di Facebooknya.

Beliau juga memaklumkan UMNO melalui Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan meneruskan laporan polis terhadap Tony Pua yang secara biadap memperkecil, meremeh dan mempermainkan kuasa pengampunan itu.

Related posts

Leave a Comment