Angkat sumpah Ahli Parlimen Kemaman

KUALA LUMPUR 8 Dis. – Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar  mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Kemaman di hadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Johari Abdul di sini hari ini.

“Alhamdulillah, syukur Allah SWT memberi kekuatan untuk menghadapi semua ini dengan tenang. Tatkala ikrar saya telah sampai kepada semua, maka amanah yang  berat ini akan dipikul dan doakan agar ia dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.

“Terima kasih atas sokongan tidak berbelah bahagi daripada kalian,” katanya melalui hantaran di Facebooknya.

Turut hadir termasuk Timbalan Presiden Pas yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin serta Ahli Parlimen Putrajaya,  Dr Radzi Jidin dan Ahli Parlimen Beluran, Ronald Kiandee.

Hadir sama adalah Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Ramli Mohd Nor dan Setiausaha Dewan Rakyat, Dr Nizam Mydin Bacha Mydin.

Ahmad Samsuri menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman selepas memperoleh 64,998 undi iaitu dengan majoriti 37,220 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Jeneral (B) Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang memperoleh 27,778.

Related posts

Leave a Comment