Najib Razak positif Covid-19

KUALA LUMPUR 2 Nov. – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur selepas didapati positif Covid-19.

Dalam satu kenyataan, pegawai khasnya, Muhamad Mukhlis Maghribi memaklumkan Najib dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur pada Selasa selepas beliau mengadu demam.

Setelah pemeriksaan dilakukan doktor pakar, beliau didapati positif Covid-19.

Bagaimanapun Najib dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan sedang menjalani kuarantin dan rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Mukhlis mewakili keluarga Najib  berterima kasih kepada pihak penjara khasnya Penjara Kajang dan Hospital Kuala Lumpur di atas tindakan pantas memberi rawatan.

Related posts

Leave a Comment