SHAH ALAM 19 Okt. – Ketua Dewan Muslimat Pas (DMP) Nuridah Salleh mengekalkan jawatannya tanpa bertanding bagi penggal 2023-2025 pada pemilihan yang berlangsung sempena Muktamar Tahunan DMP di sini hari ini.
Turut menang tanpa bertanding adalah Dr Rosni Adam sebagai Timbalan Ketua, dan Salamiah Mohd Noor kekal sebagai Naib Ketua.
Pada masa yang sama, 12 ahli jawatankuasa kerja Dewan Muslimat juga menang tanpa bertanding.
Mereka adalah Asmak Hussin, Mardhiah Hayati Salleh, Datuk Mumtaz Md Nawi, Dr Najihatussalehah Ahmad, Noraini Hussin, Norhafiza Fadzil, Reen Mohd Amin, Datuk Siti Ashah Ghazali, Dr Uyun Malek, Dr Wahibah Tahir, Dr Wan Hasrina Wan Hassan dan Zuraida Md Noor.
Keputusan itu diumum Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Muktamar Pas Pusat Kali ke-69, Datuk Dr Ab Halim Tamuri.
Berikut adalah keputusan pemilihan bagi Jawatan-jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat Pas Pusat bagi sesi 2023-2035 seperti yang telah diputuskan dalam Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Malaysia Kali Ke-63.
PENGERUSI TETAP
Husna Saidon (MTB)
TIMBALAN PENGERUSI TETAP
Nor Zarina Mohd Azhar (MTB)
KETUA
Ustazah Nuridah Salleh (MTB)
TIMBALAN KETUA
Dr Rosni Adam (MTB)
NAIB KETUA
YB Ustazah Salamiah Mohd Noor (MTB)
PEMERIKSA KIRA-KIRA
Basmatul Uyun Yusof (MTB)
Normilan Mamat (MTB)
AHLI JAWATANKUASA KERJA:
1. Ustazah Asmak Hussin
2. Dr Mardhiyah Hayati Salleh
3. YB Mumtaz Hj Md Nawi
4. YB Dr Najihatussalehah Ahmad
5. Puan Noraini Hussin
6. Puan Norhafiza Fadzil
7. Dr Reen Mohd Amin
8. YB Dato’ Siti Aishah Ghazali
9. Dr Uyun Abdul Malek
10. Ustazah Dr Wahibah Tahir
11. Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan
12. YB Zuraida Md Noor
