Howard Lee terima nasihat berhati-hati

KUALA LUMPUR 3 Okt. – Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee bersetuju dengan nasihat supaya lebih berhati-hati dalam mengambil petikan ayat al-Quran agar tidak menimbulkan salah faham terutama di zaman media sosial ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Mohd Na’im Mokhtar, beliau telah memberi nasihat kepada Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP itu dalam satu pertemuan malam tadi.

Berkongsi perkembangan itu di Facebook, Mohd Na’im berkata, ia pertemuan yang sangat membina susulan pertikaian banyak pihak berhubung isu Howard memetik ayat al-Quran dalam konteks politik baru-baru ini.

“Pertemuan yang sangat membina, satu persefahaman iaitu Islam tetap wajib ditegakkan di Malaysia sebagai agama Persekutuan.

“YB (Yang Berhormat) Howard bersetuju dengan nasihat saya supaya lebih berhati-hati dalam mengambil petikan ayat al-Quran agar tidak menimbulkan salah faham terutama di zaman media sosial ini,” katanya.

Sebelum ini, ahli politik DAP itu tampil memohon maaf susulan isu berkenaan selepas video ucapannya tular di media sosial.

Howard tampil memohon maaf menerusi sidang media yang dibuat di Pusat Komuniti Ahli Parlimen Ipoh Timur dekat Pengkalan, di sini, 26 September lalu, selepas selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.

Beliau dilaporkan berkata, permohonan maaf itu dibuat antaranya mengambil kira saranan Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang menegurnya supaya tidak mengulangi perbuatan membuat tafsiran sendiri terhadap ayat al-Quran.

Nnn

Related posts

Leave a Comment