Selamat Hari ATM ke-90

KUALA LUMPUR 16 Sept. – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mendoakan semoga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus menjadi sebuah angkatan yang disegani dan dihormati di persada antarabangsa.

Sempena Hari ATM ke-90, hari ini, baginda selaku pemerintah tertinggi ATM, amat menyanjung tinggi dan merakamkan setinggi penghargaan atas jasa, khidmat bakti dan pengorbanan seluruh warga dan bekas anggota ATM dalam melindungi kedaulatan serta keselamatan negara.

Menurut hantaran di Facebook, Istana Negara, Seri Paduka menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Angkatan Tentera Malaysia ke-90 kepada seluruh warga angkatan tentera, veteran dan mereka yang pernah berkhidmat bersama ATM.

“Seri Paduka turut menzahirkan setinggi penghargaan kepada seluruh keluarga perwira ATM yang telah terkorban semasa bertugas dalam melindungi kedaulatan dan keselamatan negara,” menurut FB Istana Negara

Al-Sultan Abdullah turut mendoakan semoga roh mereka dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama solihin.

“Syabas dan tahniah,” menurut hantaran itu.

 

Related posts

Leave a Comment