TANJONG 12 Ogos – Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berjaya mempertahankan kerusi Padang Kota untuk penggal keempat berturut-turut, dengan memperoleh 8,261 undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.
Berdasarkan data keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 8.43 malam, Chow yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) H’ng Khoon Leng yang mendapat 1,145 undi.
Ahli Parlimen Batu Kawan itu merupakan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Padang Kota sejak 2008.
Kon Yeow dinamakan sebagai calon Ketua Menteri Pulau Pinang jika PH berjaya membentuk kerajaan negeri pada PRN ini.
