SHAH ALAM 26 Julai – Sempena ulang tahun keempat semalam, syarikat wangian Bliese melancarkan 10 bauan baharu bagi wangian badan untuk lelaki dan wanita dikenali sebagai Bliese Body Perfume 12ml.
Ketua Pegawai Eksekutif Bliese, Suhaimi Saiful berkata, pengeluaran produk itu bagi memenuhi hasrat mengeluarkan satu produk dengan harga yang kompetitif, mampu milik tetapi masih mengekalkan kualiti iaitu bauan yang lebih premium.
“Dengan harga yang mampu milik, permintaan Bliese Body Perfume 12ml ini akan meningkat dan dapat membantu reseller Bliese untuk memudahkan penjualan dimana ia sesuai dengan keadaan semasa.” katanya..
Suhaimi atau lebih dikenali Remy berkata, Bliese Body Perfume 12ml terbahagi kepada lima kategori yang sesuai dengan aktiviti orang Asia iaitu Office Approved, Chillax, Athleisure, AM:PM dan Private Affair.
Katanya, penambahbaikan dilakukan dengan botol yang lebih berkualiti, mudah dibawa serta bungkusan kotak yang lebih eksklusif, membuatkan jenama Bliese unik dan seiring dengan jenama wangian terkemuka dunia yang lain.
Selain itu, Bliese Body Perfume diformulasikan dengan jenis kepekatan Eau De Parfum, di mana ia dapat bertahan sehingga lapan jam dan menepati spesifikasi pengguna di Asia, di mana bahan asas diimport dari Eropah.
“Kami memberi jaminan bahawa Bliese Body Perfume selamat digunakan kerana telah mendapat pengiktirafan dari International Fragrance Association (IFRA) serta diiktiraf halal,” katanya.
Sebanyak 10,000 unit terjual dalam masa hanya sehari selepas pelancaran Bliese Body Perfume 12ml.
Remy berharap, pelancaran produk Bliese Body Perfume 12ml terbaru itu dapat memenuhi permintaan dan kepuasan pelanggan serta meluaskan pengaruh dan mengukuhkan penjenamaannya dalam kalangan pengguna tempatan.
Pada masa yang sama, syarikat juga berharap dapat melahirkan lebih ramai usahawan berjaya yang berkualiti menjelang tahun 2024.
Sehingga hari ini, Bliese mempunyai lebih dari 15,000 usahawan berdaftar di seluruh Malaysia.
