Masjid Nabawi terima 10.3 juta jemaah

MADINAH : Masjid Nabawi di Madinah menyambut kira-kira 10.3 juta jemaah sepanjang 10 hari pertama Ramadan dan menyediakan 2.3 juta hidangan berbuka puasa untuk jemaah termasuk satu juta botol air Zamzam.

Menurut laporan media, Masjid Nabawi menerima pengunjung dan jemaah 24 jam sehari, selain membenarkan jemaah berada di atas bumbung masjid berikutan jumlah pengunjung dan jemaah yang padat.

Kawasan dataran barat baharu juga akan dibuka sekiranya kapasiti Masjid Nabawi sudah penuh.

Pihak berkuasa turut menyediakan permaidani di seluruh kawasan dalam Masjid Nabawi, termasuk di halaman dan di atas bumbung serta memastikan keperluan  jemaah, seperti al-Quran dan air Zamzam, serta kemudahan tandas.

Bagi jemaah lelaki, makanan berbuka disediakan melalui beberapa pintu masuk khas  iaitu – Bab Al-Rahma 3, pintu gerbang 4, 5 dan 37 di sebelah selatan; pintu 8 dan 11 di barat; pintu gerbang 34 dan 32 di timur dan pintu 21, 17 dan 19 di utara.

Jemaah wanita pula, mereka boleh masuk masjid melalui pintu gerbang 25 dan 29 di bahagian solat timur dan 13 dan 17 di bahagian barat.

Kemasukan ke Rawdah Sharif di Masjid Nabawi adalah menerusi aplikasi Nusuk. Jemaah lelaki dibenarkan mengunjungi Al-Rawdah Al-Sharif dari 1 Ramadan hingga 19 Ramadan mulai 2.30 pagi hingga solat subuh dan dari 11.30 pagi hingga solat Isyak.

Jemaah wanita pula boleh melawat Al-Rawdah Al-Sharif selepas solat subuh hingga 11 pagi dan kemudian dari 11 malam hingga 2.00 petang.

Related posts

Leave a Comment