164 kes harian Covid-19, satu kematian

PUTRAJAYA 6 Mac –  Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 semalam terus mencatatkan penurunan dengan merekodkan 164 kes termasuk dua kes import berbanding 170 yang dilaporkan kelmarin.

Menurut data portal KKMNow, jumlah keseluruhan meningkat kepada 5,043,790 yang meliputi 5,005,095 kes tempatan dan 38,695 kes import.

Satu kematian baharu direkodkan semalam menjadikan jumlah yang meninggal dunia setakat ini 36,966 orang termasuk 7,876 kes di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Sementara itu, jumlah kes aktif turun sedikit kepada 9,204 berbanding 9,239 kelmarin, dan daripada jumlah itu, sebanyak 8,888 kes atau 96.6 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

Tiada pesakit di pusat kuarantin (PKRC), manakala 314 pesakit atau 3.4 peratus mendapat rawatan di hospital, dua daripada pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dan tuada kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dalam tempoh yang sama, 198 lagi pesakit dilaporkan sembuh semalam dan ini menjadikan jumlah pesakit yang pulih meningkat kepada 4,997,620

Bagi kes harian negeri, Selangor merekodkan 57 kes tempatan dan satu import berbanding 61 kelmarin manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan 51 kes berbanding 36 kelmarin.

Related posts

Leave a Comment