KUALA LUMPUR 13 Nov. – Beli awal tak kalut ! Bagi warga Kuala Lumpur yang sudah berkira-kira untuk pulang ke kampung berhari raya tahun hadapan menggunakan perkhidmatan tren, bolehlah mendapatkan tiket perjalanan mulai 15 November ini.
Jualan tiket mulai pukul 10 pagi Selasa ini meliputi perkhidmatan kereta api ETS & KTM Intercity bagi perjalanan mulai 1 Januari hingga 30 Jun 2023.
Menurut kenyataan KTM Berhad, jualan tiket itu meliputi cuti perayaan seperti Tahun Baharu 2023 (1 -2 Januari), Tahun Baharu Cina (22-24 Januari), Thaipusam (5 Februari), Hari Raya Aidilfitri (22-24 April) dan Hari Raya Aidiladha (29 Jun).
“Dapatkan tiket anda melalui aplikasi KTMB Mobile atau https://bit.ly/3kWOQv5 untuk pembelian Go Cashless yang lebih mudah dan cepat.
“Perkhidmatan ETS menggunakan tambang fleksi, jadi dapatkan tiket anda lebih awal untuk harga yang lagi murah dan lagi jimat!,” kata kenyataan itu.
Kenyataan itu juga menyebut, jadual waktu perjalanan bagi perkhidmatan ETS & KTM Intercity adalah mengikut jadual perjalanan sedia ada yang boleh dirujuk melalui jadual perjalanan di http://bit.ly/3wTeh7j.
