Lagi wanita Melayu DAP calon Parlimen

TANJONG 30 Okt. – DAP menampilkan seorang lagi wanita Melayu di peringkat Parlimen dengan menamakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, Syerleena Abdul Rashid untuk kerusi Parlimen Bukit Bendera.

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke ketika mengumumkan senarai calon DAP hari ini berkata, penyandang kerusi Bukit Bendera, Wong Hon Wai yang akan diberi tanggungjawab sebagi calon Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

DAP sebelum ini menamakan ADUN Ketari di Pahang, Young Syefura Othman atau Rara bagi kerusi Parlimen Bentong.

Seorang lagi muka baharu adalah adik kepada Pengerusi DAP Lim Guan Eng iaitu Senator Lim Hui Ying yang akan mengisi kerusi Tanjong yang sebelum ini diwakili oleh Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Ketua Menteri yang juga ADUN Padang Kota akan berpindah ke kawasan Parlimen Batu Kawan, menggantikan Kasthuriraani Patto

Sementara itu, empat muka lama dikekalkan di kawasan masing-masing iaitu Lim Guan Eng (Bagan), Steven Sim Chee Keong (Bukit Mertajam), Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji (Jelutong) dan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh di Bukit Gelugor.

Pada majlis itu, Loke juga mengumumkan seorang Senator dari kaum India akan dilantik.

Related posts

Leave a Comment