Larang bawa telefon masa mengundi

PUTRAJAYA 20 Okt. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa memperbaiki beberapa kelemahan yang ada sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dilangsungkan, kata Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau mengambil contoh telefon bimbit yang dibawa ke pusat mengundi dan boleh menidakkan rahsia pengundi sehingga memungkinkan parti berkenaan boleh mengguna maklumat untuk sogokan.

“Pengundi boleh tunjuk melalui telefon bahawa dia sudah undi parti tertentu dan parti pun hulur wang,” katanya dalam satu kenyataan sambil bertanya sama ada SPR boleh melarang pengundi membawa telefon semasa mengundi.

Beliau mendakwa jika keadaan itu tidak dibetulkan rasuah dan penipuan akan dilakukan dalam pilihan raya.

“Dan banyaklah lagi kelemahan pilihan raya yang perlu diperbaiki oleh Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum PRU-15,” katanya.

Related posts

Leave a Comment