Cacar monyet pertama di New Delhi

NEW DELHI 24 Julai – India melaporkan kes cacar monyet keempat, dan pertama bagi ibu negaranya, New Delhi mencatatkan kes membabitkan wabak itu, hari ini.

Pesakit dari New Delhi itu dimasukkan ke hospital kerajaan di ibu kota dan tidak mempunyai sejarah perjalanan luar.

Menurut sumber hospital, pesakit mengalami demam dan luka pada kulit, namun berada dalam keadaan stabil.

Tiga kes sebelum ini dilaporkan berlaku di daerah selatan Kerala pada 14, 18 dan 22 Julai lalu di mana kes berkenaan mempunyai sejarah perjalanan dan tiba dari luar negara beberapa hari sebelum disahkan positif.

Semalam, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan awam global dengan kebimbangan antarabangsa.

Menurut WHO, penyakit virus itu dipindahkan daripada haiwan yang dijangkiti kepada manusia secara tidak langsung atau sentuhan langsung.

Setakat ini, lebih 16,000 kes cacar monyet dilaporkan di seluruh dunia dari 75 negara dan wilayah dengan lima kematian sudah dicatatkan.

Related posts

Leave a Comment