21,931 kes baharu Thailand

BANGKOK 21 April  – Thailand hari ini merekodkan 21,931 kes baharu Covid-19 dengan 129 kematian menjadikan jumlah keseluruhan 4,106,230 dan 27,392 orang meninggal dunia.

Jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding semalam yang merekodkan 20,455 kes dan 128 meninggal dunia.

Bagaimanapun jumlah itu tidak termasuk 20,926 kes positif hasil ujian antigen dalam tempoh 24 jam yang jika digabungkan membawa kepada 42,857.

Setakat semalam, sebanyak 188,926 orang menerima rawatan Covid-19 termasuk 49,403 di hospital termasuk 2,021 dalam keadaan kritikal dengan 885 bergantung kepada ventilator.

Dalam tempoh 24 jam juga, sebanyak 24,619 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 3,889,912 pesakit pulih.

Daripada 21,931 kes baharu sebanyak 21,787 adalah kes dalam penduduk awam, 29 penghuni penjara dan 115 melibatkan ketibaan dari negara lain.

Bangkok terus mendahului dengan 2,907 kes diikuti Khon Kaen 996, Chon Buri 798, Samut Prakan 775, Nakhon Si Thammarat 638, Si Sa Ket 635, Samut Sakhon 603, Roi Et 565, Chachoengsao 481 dan and 471 in Buri Ram 471.

Sebanyak 115 kes import pula melibatkan ketibaan dari 26 negara termasuk Perancis 18, Kemboja 15, Australia 10, Jerman 10 dan sembilan dari United Kingdom.

Related posts

Leave a Comment