PUTRAJAYA 5 April – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt kebangsaan semalam adalah 0.86 berbanding 0.85 kelmarin.
Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor mencatatkan Rt tertinggi iaitu 1.03 berbanding 1.06 kelmarin.
Melaka dan Sarawak masing-masing merekodkan kadar 0.85, Negeri Sembilan 0.84,
diikuti Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masing-masing 0.83
Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.78, Wilayah Persekutuan Labuan 0.76, Johor dan Pahang masing-masing merekodkan 0.75, Terengganu 0.74, Pulau Pinang 0.73, Kedah 0.71, Perlis 0.70, Sabah 0.69 dan Kelantan 0.68.
Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.
