NEW YORK : Selepas dua tahun, New York memansuhkan pemakaian pelitup muka di sekolah-sekolah sekitar bandar itu, mulai Isnin, 7 Mac seperti dijanjikan Datuk Bandar, Eric Adams pada Februari lalu.
Pemakaian pelitup muka kini hanya menjadi pilihan kepada pelajar sejak diwajibkan pada Mac 2020 dan masih diwajibkan untuk kanak-kanak di bawah umur lima tahun yang belum layak untuk divaksin.
Bandar-bandar di Amerika Syarikat telah mengugurkan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 apabila lonjakan jangkitan akibat Omicron semakin berkurangan.
Lebih daripada 4,000 individu meninggal dunia akibat Covid-19 di New York pada Januari dan Februari menjadikan dua bulan tersebut paling buruk sejak Musim Bunga 2020.
Bagaimanapun jangkitan baharu telah merosot dalam beberapa minggu kebelakangan ini dan mencatatkan purata 700 kes setiap hari.
Februari lalu, Eric Adams berkata jika bilangan Covid-19 terus berkurangan di seluruh bandar, beliau bercadang untuk menamatkan pemakaian wajib pelitup muka di sekolah seawal 7 Mac.
Dalam satu kenyataan, beliau berkata ia akan menjadi simbolik untuk bandar yang telah lama menjadi sifar. daripada wabak itu.
“Kami akan terus membuat keputusan kesihatan awam yang betul untuk memastikan anak-anak kami selamat, termasuk menyediakan topeng untuk mana-mana kanak-kanak atau kakitangan sekolah yang ingin teruskan memakainya,” katanya dalam satu kenyataan.
