77 kematian Covid-19

PUTRAJAYA 8 Mac – Kementerian Kesihatan melaporkan 77 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan kini 33,305 orang, daripada 3.62 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data di portal COVIDNOW, 26 daripada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 304,304 kes aktif di seluruh negara dan daripada jumlah itu, 291,827 individu atau 95.9 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah dan 3,373 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 8,736 kes dirawat di hospital dan 368 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) yang membabitkan 145 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 223 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment