Kes harian di Filipina meningkat

MANILA 1 Jan. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan peningkatan kes harian Covid-19 hari ini iaitu 3,617 berbanding 2,961 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 2,847,486 kes.

Sehingga pukul 4 petang ini, DoH juga melaporkan 97.6 peratus daripada keseluruhan kes telah sembuh. 2,961

Hari ini 468 lagi pesakit sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 2,778,567 orang pulih.

Jumlah kematian pula meningkat kepada 51,545 orang apabila 43 lagi individu dilaporkan meninggal dunia.

Setakat ini, kes aktif pula adalah sebanyak 17,374, menunjukkan peningkatan berbanding 14,233 yang dilaporkan semalam.

Related posts

Leave a Comment