1,591 kes baharu Filipina

MANILA 3 Nov. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 1,591 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,793,898.

Sehingga pukul 4 petang ini, jumlah kematian meningkat kepada 43,586 orang selepas 186 lagi dilaporkan meninggal dunia.

DoH juga merekodkan 4,294 pesakit sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 2,712,298 orang pulih atau 97.1 peratus daripada keseluruhan kes.

Kes aktif pula turun kepada 38,014, berbanding 40,786 yang dilaporkan semalam.

Related posts

Leave a Comment